Ahad, 19 Jun 2011

Zam-Zam Restaurant & Kasut Merah

ini adalah kali ke-2 aku ke sini. dulu 1st time dengan Ping. masa hari yang sepatutnya aku bercuti ke Kota Tinggi, aku demam pulak. lagi mak cancel percutian. jadi akhirnya aku memerap kat rumah je. demam malas pulak nak pergi ambil MC. gunakan je AL yang dah diminta sejak sebulan lepas..burn cuti? ada aku kisah...aku bukan selalu cuti..cuti aku masih berbaki 13 hari wei....
di tengah2 sakit, demam, selsema, aku berfacebook dengan kawan2 blog yang memang online je kat opis. jealous mak dengan diorang ni ada akses internet. mak punya opis semua block. sangap kat opis...itu pasal mak subscribe internet kat rumah.

kemudian mak telefon nak datang bawakan karipap.eh mak betul, bukan mak angkat ke, bakal mak mertua ke..heheh..oklah dah lama tak makan karipap mak. mak bawak 1 tupperware, semua licin aku bedal. kemudian mak ajak pergi beli kain telekong pulak. oklah kita pergi jalan TAR.

aku yang demam2 ni kena drive, abang aku pulak tido berdengkur kat seat belakang. sabar jelah. pulak lagi aku ni selalu sesat lorong..dah kesudahan dapat parking lepas sejam merayau2 cari parking termasuk sesat sampai pusing2 kat bulatan Jalan Sultan Hishamuddin. hahahaha...kat KTM lama lagi..saja je nak tengok kan tempat2 zaman buat praktikal dulu.

dah lapar, jom masuk restoran...karipap je tadi pun..haus ni..lagi panas cuaca...er dapat air best memang bestla....

sila ke website ni untuk alamat penuh dah makanan2 yang buat anda drooling!
http://www.zamzamrestaurant.com.my/
tauhu goreng. yummy sangat lembut tahap gaban! RM7.90..mahal? aah tapi sedap gilaaaaa....kuah kacang pun sangat syiokkkkk..aku dan mak share makan ni..2 keping je tauhunya pun..dipotong kecik2

mee rebus RM??lebih kurang RM8++ kot. tapi memang sedapla...berbaloi

tengok abang dan mak makan dengan khusyuk.
kemudian masukla ke arked2 cari kain untuk makan. aku pulak dapatla 1 shawl yang harganya RM7.90 je....alolololo....
inilah shawlnya. senang je nak lilit tak perlu banyak2 keronsang ke pin ker..mak jugak yang belanja..hihi

dan ini hasil teman mak shopping kasut kat Bata Jalan TAR. RM25 je....harga asal RM59. kat situ je ada sale..balik Ampg Point takde sale pun tau.....tapi tak ingat sale sampai bila...maklumla orang demam kan...ting tong sikit 2-3 hari
YAY!

7 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.