Khamis, 16 Disember 2010

2 Minggu Lagi 2010 Akan Berakhir

ada yang plan ambil cuti panjang ke? or kena cuti sebab company tutup sempena Krismas & Tahun Baru bakal menjelma. aku tak ambil cuti kali ini. sebab awal2 bulan dah cuti kerana nak pindah. 

tak sangka, diam tak diam lagi 2 minggu nak masuk tahun 2011. waa macam tak percaya.. siapa lahir bulan Januari, terus naik 1 lagi angka umur. apa ada pada umur ye..kalau kematangan tiada..sikit2 nak sentap, tak habis2 kecil hati...tahu kecilkan hati orang lain je..hati dia 24jam orang kena jaga..

tahun 2010 sangat banyak kenangan manis. malah kehidupan hari2 aku lebih bahagia. fikiran lebih positif. energy sangat banyak. kenalan baru bertambah. pengetahun juga meluas. berjumpa dan berkawan dengan orang2 yang punya pengalaman hidup yang pelbagai dan menarik.

aku mengatur hidup aku dan aku mulakan dengan plan. dan plan yang aku lakarkan pada sehelai muka diary kertas berjaya diikuti. ~ cuma ehem..kadang2 aku lompat nak tulis dalam buku perbelanjaan seharian.

kesengsaraan perasaan hati telah lama pergi. kerana hari2 dilalui makin terisi. dengan 2 Al-Quran yang aku terima tahun ini, aku telah membaca firmanNya melalui 2 naskah mulia ini.

bukan azam yang aku nak plankan di sini. tapi destinasi yang sebenar ingin aku capai tahun berikutnya. InsyaAllah.

3 ulasan:

  1. cpt je masa berlalu rasenya...moga tahun lebih baik dari tahun sblumnya...

    BalasPadam
  2. oh mmg kejap ..tetiba jadi isteri orang sekarang...opis aku direct tutup start krismas smpi new year

    BalasPadam
  3. hanim; itulah paling cepat rasanya tahun ni

    mimy; bestnya kau nok..ko bila nak house warming...eheheeh

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.