Selasa, 14 Disember 2010

Yati & Sazaly Wedding Reception At SACC

selepas balik dari kenduri Munirah, balik rumah kak Pa di Kajang. ok kadang2 aku sebut Bangi sebab rumah dia sebelah komuter UKM. hehe nostalgia..

lebih kurang jam 6 petang aku ke rumah zcat. nak kena teman dia pergi kenduri kawan dia di Shah Alam. ok, mestilah tukar baju lain. tadi biru, sekarang hijau. yang ni memang rancang..teng..teng..teng..sebab nak ikut kehendak majlis. 

elok2 je masuk Shah Alam, minyak bagi signal suruh isi. terus park di Shell. alang2 kami solat Maghrib di surau yang disediakan. Surau Shell Batu 3 Shah Alam. bersih, kemas. aku memang suka bawa telekong sendiri, jadi tak tahu macam mana keadaan telekong awam. 7:30pm kami sampai di SACC. sebenarnya aku pun tak tahu disini majlisnya kerana zcat tak pernah tunjuk kad. cuma booking aku 2 minggu lepas untuk teman dia. tak booking, bahayala..hehe..selalu ada je aktiviti kan.. ok pic berikut dari BB zcat.... walaweh...orang tu pakai BB...



kami masuk dan bersalam-salaman dengan tuan2 majlis/wakil pengantin. kemudian zcat bagitahu kod hijau. ok..baju kami memang hijau, meja pun kena duduk ditempat yang dah ditandakan hijau. hehehe..kebetulan ke apa..sebenarnya zcat nak pakai kuning, tapi katanya baju dia dah gobos/longgar. yang hijau ni pun dah tunjuk tanda2 gobos. ehehehe dah kurang sikit lemak..kakak yang tunjukkan meja sangat ramah mesra. berborak gembirala...sampai awal sangat..orang pun tak ramai. jadi dapat choose meja tengah2. pandang kanan nampak pelamin, pandang kiri nampak meja beradap. bagus.. good choice. kami gembira.


sambil menunggu pengantin, mata melilau tengok keliling. orang makin bertambah tapi takde yang sudi duduk dengan kami.....kenapa..?



 cenderamata kek2 dipotong kecil2..sangat sedap






 pengantin turun guna eskalator..korang yang belum bersanding tak teringin nak buat? heheh kelasss..
 pengantin masuk
 mula dengar suara emcee malam tu macam cam je..sekali Mazidul daa..
 nampak penari2 cilik tu? diorang menari zapin tu yang aku tak tahan..hahah i kan ada darah johor--
 ada penyanyi lagi sepanjang majlis berlangsung..
 makanan. duduk diam2 je..dah dihidangkan ok..semua sedap2..lazat..
 rendang tok paling sedap..
 pajeri nenas...my fav, zcat tak suka
 kek lobak..zcat sangat suka!
tapai pulut dengan aiskrim. zcat makan aiskrim je,..aku suka 2-2
 sila...sila.. makan
 suka ice cream..yeay!
 nasihat2 dlm bentuk kata2 dan pantun..
 ayah pengantin perempuan tengah menyanyi lagu Anakku Sazali versi sendiri
 kopi o
 teh tarik. sedap..
 tengok takde orang...tapi sebenarnya sebelah aku ada 5 beranak.
 muka puas hati..makan sedap, entertainment sepanjang majlis..
 habiskan kopi terakhir
kek pengantin. takde yang mock-up ok. semua tingkat boleh makan. tapi kami tak makan.

3 ulasan:

  1. bestnya p kenduri kawin...kelass majlisnya di SACC...food plak sedap yer...best best

    BalasPadam
  2. sedondon hijau ..hamboii amik berkat yerk...hehehe

    BalasPadam
  3. hanim; memang sedap...memang kelass..

    mimy; hehehe....yang ni memang kena berjanji...huhu..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.