Ahad, 19 Disember 2010

Paip Sudah Dibaiki

Akhirnya kepala paip di bilik air sudah ditukar. Abang Hambali yang datang tolong. Sejak aku mengadu paip aku bocor bila nak basuh kain. actually kepala paip tu ok je, tapi bila disambung dengan paip mesin basuh mula la dia bocor. siap boleh tadah 2 baldi air penuh. melimpah2. membazir air betul, jadi selalu aku menadah je air tu gunalah balik untuk cuci apa2. 

tengahari tadi dia datang tolong tukarkan paip. juga pakukan extension wire yang berkenaan. petang tadi dah dapat basuh baju dengan gembira. tanpa perlu rasa risau air meleleh, membazir. aku ni kepala boleh pening kalau fikir masalah cinonet dalam2. lebih baki aku cool je.

elokla abang tu datang tengahari aku pun masakla apa yang ada je. hahaha. nasib baik sedapkan. Ping pun datang tolong dan kami tengok TV ramai2. 

Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang2 yang baik hati dan suka menolong.

3 ulasan:

  1. wpun air murah tp mmg membazir kalu di biarkan mcm tu..byk tu 2 baldi air bocor...Alhamdulillah dipertemukan ngan org yg baik2..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.