Ahad, 19 Disember 2010

Saya Sempurna Bila...

biar saja saya berterus-terang. saya memang mahukan kehidupan sempurna. saya mahu pekerjaan yang dapat menampung perbelanjaan harian saya. selain keperluan wajib, saya juga mahu membazir2 wang diatas makanan yang boleh saya beli pada harga murah. tapi disebabkan cukai perkhidmatan, jualan, makan makanan yang saya mahu itu mahal. itu kenyataan dan mesti dihadapi. 

saya juga perlukan kenderaan untuk bergerak, walaupun kenderaan awam banyak disediakan. tapi saya sudah puas menaiki dan menggunakan kenderaan awam selama bertahun2. saya sudah letih menunggu bas, menghadapi kerosakan LRT dan terlambat pergi kerja. jadi tak salahkan untuk rasa sempurna bila dah ada kereta sendiri. senang nak bergerak kemana-mana. pada bila2 masa.

saya cuma belum memiliki rumah. saya cuma mampu menyewa rumah setelah bertahun juga saya menyewa bilik. saya tak mengharapkan ksempurnaan rumah yang saya sewa, tapi cukup memudahkan ahli keluarga datang bertandang dan tidur sehari dua.

saya tak berharap menemui seseorang yang sangat sempurna. kerana saya juga tidak sempurna. kesempurnaan yang dimahukan setiap orang berbeza. tapi bila bertemu dengan dia yang memiliki kelebihan mengatasi saya, saya rasa sempurna. kelemahan saya ditutup oleh kelebihan dia dan begitu sebaliknya. apa yang penting ialah rasa bahagia disamping orang yang akhirnya saya harus nyatakan "awak sempurnakan kehidupan saya".

akhirnya, sebagai kata2 akhir..
tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirnya sendiri.-Riwayat Bukhari dan Muslim

7 ulasan:

  1. takde orang yg sempurna, tapi setiap pasangan itu akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

    BalasPadam
  2. salam eri-chan

    masih ingat pada acu?? hehehee
    maaf malam tu tak sempat nak berbual panjang

    semoga ukhwah kita nie berpanjangan...

    BalasPadam
  3. tak semua org sempurna...janji kita hepy n sennag hati dah ok dah...

    BalasPadam
  4. salam..
    syukur dan tepuk bahu kanan anda dan ucapkanlah tahniah kepada diri sendiri kerana anda berjaya dari 5 tahun yang lepas..tapi untuk 5 tahun akan datang anda perlu lagi berusaha untuk mengatasi hari ini :)
    hehehe

    BalasPadam
  5. salam ukhwah semua bloggers..

    jinkamen, sebab tu kena plan. dan sememangnya saya bersyukur dengan perubahan hidup ke arah lebih baik. moga saya tak alpa dengan nikmat kurniaanNya

    BalasPadam
  6. nok nyanyi la lagu sempurna........heheh

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.