Last Saturday; 18th December 2010. 9pm.
Saudara Mazidul Akmal telah menganjurkan pertemuan antara followers beliau diblognya. Aku dan zcat sampai tepat jam 9pm. sampai2 je gambar dah kena snap dengan Mazidul. "Haaa..Eri-chan!", terus aku tersengih2 sebab gambar diambil. dah tentu masuk blog dia kan. zcat sangat sporting, jom senyum sama2 nampak gigi ke tidak dah tak kisah. hehehe.
setelah diperkenalkan kepada blogger lain, aku pun dudukla satu meja. hanya dengan zcat. lepas tu rasa macam di kepulauan pula, jadi beralih ke meja yang lebih ramai. nak bercakap mula2 tu malu juga sebab tak kenal. zcat dah berapa kali bagi hint, pergila tegur2 semua orang. okay sila buat muka tak malu dan bercakap macam kat kaunter servis. nama siapa? apa nama blog awak..nak panggil apa...semua bagai keluar soalan. dan orang pertama yang aku tanya banyak2 ialah Jard The Great.
dengan Jard The Great
okay penganjur macam biasa petah bercakap dan perkenalkan blogger2 lain
kemudian order makanan. ya, sangat lama nak pilih sebab bukan setakat aiskrim sahaja dijual. ada makanan lain2 juga seperti di kopitiam menunya. aku pun terus tanya regular customer. kata beliau, paling sedap ialah chicken chop. sebelum tu yang lagi sedap menu sebelumnya. haha..sila lihat buku menu, anda akan tahu apa dia. kemudian aku pesan Famous Fried Rice dengan Hot Black Coffee O. wah bau kopi sangat mengasyikkan. aku tak boleh minum nescafe, tapi boleh minum kopi O. hehe. zcat pesan Dried Curry Mee dengan Ice Honey Lemon.
kemudian makan dan berborak2 sambil tengok Jard asyik dengan handphone beliau. aku makan tak habis, tukang habiskan zcat. macam biasa. dia memang tak suka membazir. aku pula dah kenyang. owh rupanya Jard dapat handphone free. hari ini. kena review HTC Desire Z untuk Maxis. wah..hanya daftar di laman web Maxis dan 10 blogger bertuah mungkin dapat peluang untuk review dan berkemungkinan besar dapat handphone yang di reviewkan itu secara percuma. ternganga dengar cerita. Masuk je Zara lagi kecoh perbualan kami. kalau Jard tak mahu guna handphone itu sila jual pada kami murah2..hehehehe..Lucu juga Jard tak berapa reti guna, zcat tunjukkan sikit2. yelah dia kan pengguna HTC sebelum bertukar ke BB.
asyik tengok HTC Desire Z. kau ada?
Selepas dah makan semua, sambil2 kena isi buku kedatangan. Hehe, Mazidul sediakan buku. Macam tulis autograph pula. Tulis apa2 yang patut sahaja. Kemudian sessi bergambar, masa sangat cepat berlalu. dah nak jam 11pm. yang dah berkeluarga of course nak balik cepat. aku dengan zcat pergi masuk Ice Room dan lawat tingkat 1. review penuh selepas ini. sebab nak buat review bagus2..tak nak tulis banyak, cukup gambar menyatakan keadaan Ice Room. kalau nasib baik, owner akan bagi voucher RM100. hihi...tapi dah lewat sangat post ini tak tahu laku ke tak..
begitupun, memang rasa seronok jumpa blogger2 malam tu. even tak kenal tapi masing2 buat selamba jadi tak la rasa malu sangat.
gambar ramai2 sangat ceria...
ok Mazidul buat apa kami tak perasan
Azmask, Mazidul, aku -
Zara, Jard & Datin Faridah
zcat pun nak bergambar dengan Mazidul
okay semua blogger yang datang malam tu dah buat entry masing2. agaknya akulah orang terakhir. sebabkan dah tak kuasa nak link banyak2..kalau nak baca entry mereka, pergi je blog Mazidul dan baca je dari blog beliau.. ehehehe...
dah geng ngan mazidul la ko nok...comey je zcat
BalasPadambestnya dpt jmpe blogger...
BalasPadamhehehe~
BalasPadamku memang kepochi~
lalala~
mimy; aku orang yang pemalu..ngeeee
BalasPadamhanim; jom jumpa pulak..
zara; kepoh-chik...(cik kepoh) kekekek