Selasa, 11 Januari 2011

Bukan Nak Kongkong, Cuma Nak Lesen Sah Aje!

melalui pelbagai saat2 manis pahit kelat dalam satu perhubungan tu memang normal. kalau manis je tu mesti ada SWS (something wrong somewhere). mesti ada yang makan hati tapi sebab sayang sabar je.....sabar gila2 demi mempertahankan hubungan yang tak pasti? kerana ada niat2 kepentingan diri/ keluarga?

wanita bila dah ketemu lelaki yang dia suka kalau boleh dia nak cepat2 dihalalkan hubungan tu. banyak faedah dan berkatnya pun. tapi kekangan kewangan kadang2 menjadi proses tu lambat. maka macam2 hal boleh jadi. ~ malas nak cerita lebih, pembaca fikir sendirila kan. dalam suratkhabar dah berapa banyak kes kawin lari la, hutang lepas kawin sampai bercerai pun tak habis2la..eeee seram pulak membacanya.

Lelaki aku tak pasti kenapa kadang2 tak mahu buat keputusan untuk kawen lepas dah 6-12 bulan perkenalan. takde duit? takut komitmen? anak emak? aku bukan lelaki jadi aku tak dapat tolong lelaki jawab soalan ini.

pernah dengar percintaan sampai 8-10 tahun? aku ada. kawan aku sendiri. tapi aku tak mahu cerita apa rasanya dia selama bercinta dalam tempoh sepanjang itu. kalau lelaki tu dah ikhlas dan tahu bahawa tuntutan menghalalkan perhubungan itu untuk mengelakkan maksiat maka mesti segera dia hantarkan rombongan. tiba2 terngiang kat telinga lagu "Kalau Berpacaran". tapi entahlah kalau dah ada jodoh tak kemana kan..tapi kalau dah lama sangat mahu bosan juga..hehehehe..

aku tahu ada banyak alasan yang hendak diluahkan kenapa lambat2 nak hantar rombongan, tapi aku nak biarla mereka ini ikhlas. biarlah jawapan tu masuk akal bukan alasan immature. penat dah. bila tengok kawan2 muda bercinta akhirnya kawin dengan segera. elok je. aku pun respect la budak2 ni boleh je simpan duit. jangan meminjam bank dah ye. kang gaduh pulak lepas kawin pasal nak bayar macam2 hutang. dek kerana nak gempak di mata orang.
bagi aku kalau dah kawen takyahla nak kongkong suami tu nak hang out dengan kawan2 lelaki dia. kalau dengan kawan2 perempuan tu boleh jeles sikit kot. tak perlu lebih2la..lelaki memang tak suka dikongkong. tapi aku pun tak kuasa kalau kot2 bakal suami aku suka memerap kat rumah. aku tension suruh dia keluar lagi adala kot..hahaha...berani la cakap sekarang kan..belum kena. dan aku pun perlu masa untuk keluar dengan BFF aku. untuk lepak2 dan tukar2 cerita. memang best kalau dapat pasangan yang boleh "masuk" dalam kelompok kawan2 kita, begitu juga kita boleh "masuk" dalam kelompok kawan2 dia.

kenapa nak lesen sah? satu je aku bagi jawapan - elakkan dosa & maksiat. dah. aku pun kena selalu beringat. aku pun mesti tegur diri aku sendiri. malah sebenarnya aku suka ditegur. sebab itu tandanya ada yang sayang aku tak mahu aku hanyut.

5 ulasan:

  1. bercakap pasal hubungan cinta nie
    acu sendiri pun dah 14tahun bercinta
    kenapa tak nak cepatkan???
    dah beberapa kali merancang tapi setiap kali tu lah kami dilanda masalah...masuk tahun lepas dah 3 kali kami merancang tapi nampak nya Allah belum "izin" kan kami untuk bersatu...sekarang nie acu dah pasrah & tak putus berdoa..kalau ada jodoh dengan dia,insyaAllah kami akan bersatu juga walau sesusah mana sekali pun dugaan kami..

    emm...tapi tu lah semua pokok pangkal nya jodoh..rasa nya tiada pasangan yang bercinta yang tak mahu berkahwin..semua nya nak akhiri nye dengan ikatan yg sah...

    oppss!!! sblm terlupa..acu ada tag eri-chan utk contest check it out ya dear...

    BalasPadam
  2. Kalau berpacaran
    Memang banyak pantang larang
    Menjaga susila
    Ibu bapa adik abang

    Apabila berdua
    Carilah tempat yang terang
    Agar tidak pula
    Mencuba aksi terlarang

    Korus
    Boleh pandang-pandang
    Jangan pegang-pegang
    Duduk renggang-renggang
    Bertambah sayang
    Biar malu-malu
    Biar segan-segan
    Kerna malu itu
    Perisai orang beriman

    BalasPadam
  3. Salam.

    Kalau sesiapa dah ada confirmed bf, tanya dia, apa perancangan sebenarnya?

    Kalau setakat berfungsi sebagai pengusung ke hulu ke hilir, ramai lagi boleh mengambil alih tugas itu.

    BalasPadam
  4. setuju mesti ada target...kalau takat nak cintun cintan jer payahler

    BalasPadam
  5. dalam bercinta nak confirmation...takde cop mohor tu yang risau ..jiwa kacau je....aku penat bercinta wak lelama...hampeh je...kawen nya tak..dosa bykk..insafff..Alhamdulillah aku dah kawen..yng halal dah sah

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.