Thursday, June 30, 2011

Nutox; New Cleanser Radiance Cleansing Gel

ok ada sale 15% untuk produk bau Nutox di Guardian. harus belila...sebab aku ni combination skin. pagi kena pakai foaming/gel cleanser, petang/malam pakai cream celanser..tak ke mengada2 tu. aku cuba untuk pakai cream cleanser je sampai habis...tapi bila kulit muka d start mengering....yay! sila beli balik foaming cleanser. last time aku pakai Safi Rania Gold tapi macam takde apa2 je...alasan nak lengkapkan Nutox range aku la...RM29.90..lepas diskaun 15%..sila ambik kalkulator ya.....untuk 150ml..
aku rasa dia mahal sebab packaging pump ni. tapi senang kan kerja aku dari dok picit2 tube kan..dah2 nak abis kena potong bagai guna sampai licin..

Satay Station, Ampang Waterfront

mencuba2 makan kat tempat baru...asal lalu je nak pergi carrefour ampang mesti nak toleh2 kiri kanan tengok kot2 ada kedai makan baru..alasan sangat kan..

kali ni nak try makan sate..tak banyak...dah supper katanya..

ini ialah cawangan satay station kat Kg Pandan tu
RM1.60 teh o suam

RM5.30 tembikai laici..memang superb!

sementara tunggu sate main angry bird jap...muka pun dah angry..haha

sate ayam sebatang 90 sen..order 12 batang RM10.80..gemok2 dan sedap..

sekali kuah sampai 3 mangkuk dia bagi


ada kugiran..tapi tak ambikla pulak...masa tu ada lagu tepuk2 tangan..wah aku pun tepuk2 tangan sekali


ada kedai2 kat aras atas


muka syok makan sate hehe  

Address;
Satay Station
No 1 Ampang Waterfront Foodcourt
68000 Ampang Selangor.

kedai ini terletak dipersimpangan ke Carrefour Ampang. senang jek nak pergi..amacam BFF? joms...

Tuesday, June 28, 2011

Make Up Remover Biore..Memang Terbaik!

yeah....
terbukti sudah. aku telah mula memakainya sejak seminggu yang lalu. pencucian amat berkesan. tak perlu cotton pads, tak perlu cotton buds..tak perlu cleanser. pump 2-3 kali kemudian gosok2 seluruh muka. bila tang mata tu tutup mata ok...kemudian bilas je muka dengan air..

selamat tinggal yang lain2..kalau dah yang ni abis...tak jumpa kat kedai2 berhampiran dan terpaksa guna jugak remover barulah aku beli....huhu..memang best..

watson 's jual RM23..kalau beli 2 RM38.80..kalau kat guardian jual RM22.90.. sekarang sale dalam RM19++
tapi aku beli masa sale RM16+++.. tiba2 rasa rugi pulak tak buat stok..bila lagi harga nak runtuh....

girls..selamat mencuba..tak tipu..dulu tengok Mimy pakai, aku wat blur sebab masa tu tengah habiskan Elianto.now...no turning back....

Suprised Gift

ok..aku takde citer berhari2..jadi jangan rasa tak sedap nak klik kat blog aku lagi untuk baca entry baru. ye ye..kali ni aku aku type banyak2 citer..dan kemungkinan citer2 lepas ni pasal terima hadiah je...ahaks...bukan nak menunjuk ke hape.. ni appreciation to the giver la. pasal dia pun baca blog kan, kira tak dapat balas hadiah2 dia kita appreciate kat dalam blog ni...huhu..

ok..hadiah coklat memang tak pernah basi...cuma baginya dah lama..cuma baru nak citer...


hmm..coklat ni kecik2 je tapi sedap..ada nuts..tapi bila makan, comots..
ok yang baru terima lunch tadi..patutla ada orang sms tanya size apa jam 2:30pg!

Hard Rock Cafe Bangkok 1971...
yay! thank you zcat san....

Monday, June 27, 2011

Terawal

last sunday pergi rayap2 dengan Ping kat jalan TAR. cuaca baik..redup jek..moh le jalan2 tengok kain..katanya..

aku pun melilau jugakla....dari hujung jalan ke hulur ke hilir...dah lapar pergi makan dengan Zam-zam Restoran lagi..pekena nasi beriyani ayam pulak...ish takde gambar..pasai aku tertinggal phone kat rumah..lalalalala..harusla banyak miscall dan mesej kena tengok balik karang.

bila hujan menitis, kami di dalam kedai kain2 di dereten Sogo. bila melintas masuk arked2..hujan lebat pulak. hm..jadinya sambil jalan tu sambil jinjit kakila...

balik rumah jam 6 petang. lega...dah tu naik LRT..senang kan. kalau naik kereta harus menangis sebab ada Standard Chartered Run 26th June tu. masa lalu-lalang kat LRT jenguk2 gak peserta dengan baju SC. kot-kotla nampak Zcat...dia ambik 5km...aku? lebih 5km shopping kat jalan TAR.hehehehe..

hasilnya?

nampak kat patung depan Kamdar..terus aku nak..er..er..

ingat JJ je ke jual baju kerja yang cantik? Kamdar ada jugak. aku belash je janji harga reasonable..RM39.90 je...(oh memang belum gaji..tapi mak bagi duit jadi beli hadiah untuk diri sendirila since mak tanya2..harijadi awak nanti nak apa?)

ok Ping bagi. viscose polka dot..lepas ni nak stripes pulak....boleh Ping?..

Sekinchan Ikan Bakar, Ampang

mak datang jengah anak dara dia dah makan ke belum. hihi..kes mengeteh dengan kawan2 sampai jam 4:30 pagi kemudian round2 keliling bandar tengok lampu2 berkerlipan sampai subuh......haishhh..

ingat nak try tupai2 baru buka outlet kat Ampang Waterfront. tapi siang kannn..jadi terus ke Ampang Waterfront 2 untuk makan tengahari.

sampai2 terus pilih ikan. aku pilih kembung untuk mak & abang, aku pulak pilih pari. kemudian ambil sayur kailan..semuanya dibakar...paru buat goreng..

Mak RM1.50
Aku RM4.00
Abang RM1.80
RM2.00


RM3.00

kejap ada banyak
kejap je dah licin

 
muka puas hati

 thanks Mak sebab belanja makan....huhu...

ikan bakar;
ikan pari - RM15 @RM7/100gram
ikan kembung - RM8 x 2 ekor RM16
sayur kailan bakar RM3.00
nasi putih - RM1 x 4 pinggan
semua RM50.30

kepada yang pernah makan ikan bakar kat Umbai tu memangla Sekinchan tak boleh lawan..nak rasa kelainan bolehla...apa pun aku sengaja nak try outlet yang baru..

address;
No 46 Jalan AWF3
Ampang Waterfront 2
68000 Ampang Selangor
Tel: 03-4292 9557

Friday, June 24, 2011

Pak Tam, Gombak

titiba my BFF Ann email ajak pergi makan2. katanya nak makan besau. wah..bunyinya macam kenyang..jadi siang tak boleh makan banyak...

setelah dipilih2..maka kat Gombak jugak kami kena jumpa. ini tak aci...lain kali kena datang Ampang pulak..lagi kalau cik selalu lambat sampai tapi rumah dekat a.k.a Mimy...kena warn kalau lambat kena belanja. lagi boleh eksen dengan kami sebab dia baru dapat cek dividen koperasi telekom.

harusla Mimy dan laki cepat2 datang nak elak dibelanja. yang tak boleh blah kalau kena belanja kawan2 kena advance dulu sebab cek belum clear. sabo jek aku. pernah ke korang dengar ayat "aku belanja, tapi korang advance dulu" apakah belanja namanya itu???

last2 yang lambat sampai aku dan Ann..hahaha..hahahah ya ya gelak lagi sebab kami selalu datang awal. kali ni Ann pulak jemput aku dari rumah sebab aku malas nak drive. hehe..dah sampai Gombak, 3 orang kawan ni rupanya tengah buat ketupat..ish ish ish..belum raya lagi tau...puasa pun belum...

air kedondong asam boi. terbaik...sedap gilakssssss
air laki bini. yang kecik tu Mimy, yang besar Megat..hahaha
ni air reen, apakah nama airnya aku tak ingat..macam segan je warna dia
tomyam seafood. memang sangatlaaaa sedap....siap ada ketam tu yang aku tak tahan..
telor dadar  ni jugak yang best. lagi2 bila dicubit ramai2..haha transfer DNA

ya semua makanan sudah tiba?

kitorang mintak masak stim. sekali yang datang masak 3 rasa. tapi tak berapa sedap la..

ni pulak sup tulang, diorang sebenarnya nak order sup ekor. aku tak makan pulak..

licins!

laki bini sengih

kamera woman dah keluarkan kamera dialaaa

aku pakai SE je....apa nak tukar hp baru? aku tak mampu la weh...
ya akhirnya yang belanja Puan Ann. sebab dia memang dah bagi hint nak belanja kami semua. wah katanya ada duit belen2 sebelum gaji..semua sekali RM95.90. diskaun 90 sen je....ada? ada ko dapat diskaun lagi tinggi tak?

thanks Ann sebab belanja kawan2 sengal ni. yok yok lepas ni mari kita pau Puan Mimy pulak.....kekekekeke....aku siap nak bawak zcat lagi....diorang semua ni belum jumpa dia....aku bawak nanti bukan nak mintak restu korang tapi nak bagi dia bersosial dengan korang2 pulak...heheheheh

Uptown Hawkers

selepas solat Isyak kat TTDI, kitorang menuju je uptown plak nak makan2. aku rasa nak sup jek...lalu order please!

air longan/mata kucing...ermm tapi aku tak suka sangat..ni zcat punyala

yeah epal hijau dengan asam boi,,sedap betul

cecah kerang rebus

kerang rebus
sate kerang..actually zcat keluarkan 1-1 isi kemudian cucuk buat2 macam sate. tapi aku makan 1 je..sebab kerangnya separuh masak..yuckkk

sukala makan kerang berdarah..errr

lepas tu makan popiah lagii RM3

aku makan kuew tiaw sup je. RM5..sedap yooooo
kat sini parking memang susah nak dapat. kitorang masuk je parking berbayar. alah RM1 je.....

Thursday, June 23, 2011

Ireland's Potato At 1MK

selepas dah puas (tak puas sebenarnya!) di lake garden, kitorang pun pergi FF 1MK sebab nak mandi. yay sekarang rutin keluar je bawak baju2 untuk disalin. kot2 tiba2 ada plan nak beriadah. sebenarnya memang nak beriadah..tapi dahjadi lain pulak..jadi jalan2 tengok pemandangan hijau..hehe.

dah mandi tu terus solat maghrib la dan tunggu isyak la. tengah2 solat tiba2 takde api..ko gelap giler......titiba aku dengar zcat panggil "Anis..Anis.." ah sudah, aku tengah solat..teruskan je..dahla sorang2. lepas tu tak bawa handphone. at least kalau ada boleh juga on light. so gelap2 la aku lipat telekong dan keluar dengan tudung yang tah apa2 pakainya...ler sekali di luar kawasan surau & toilet terang benderang je. oh patut komen ni, at least letakla emergency light kan..naya je nasib aku sorang malam tu..kalau ada.........tak mahu type la kan...cool beb..cool..kubur gelap..ingat tu je..

untuk alas perut sementara nak Isyak kat tempat lain, kami pun try makan Ireland's Potato.


jom makan! cheese sangat menyelerakan...tapi harganya RM11.80
Ireland's Potato
1-Mont Kiara
Unit LG-7 1Mont Kiara
Jalan Kiara, Mont' Kiara
50480 KL