Jumaat, 14 Oktober 2016

Main Khemah2, Guna Selimut, Kain Batik, Alas Tilam Dan Kusyen

Siapa masa kecil main khemah2? Aku memang ngaku aku main. Paling suka guna kain selimut la. Dapat pulak katil dua tingkat tu, dapat duduk katil bawah habis satu katil tu ditutup dengan kain selimut.

Kalau guna kusyen 4 segi mak tu erm memang kadang2 kena marah. Tapi best bila gaduh2 boleh jatuh tergolek atas bantal.

Ahhh memang syokla zaman budak kecil dulu2. La ni mak pak belikan tent je kot..hihi..aku pulak..

Percubaan buat tepee. Esok baru jahit kainnya.

Dah lama aku tengok batang buluh plastik ni terbiar kat luar rumah. Tah apa projek asal laki aku taktahulah. Dibiarkan lama2 aku pulak geram tengok. Berhujan berpanas.

Bila belek2 dia beli kat Daiso. Tahun berapa tak tahulah..so ada 2 set setiap satu ada 3 batang. Jadi bolehla buat tepee 6 batang. Belum letak kain si Aqlan dah keluar masuk. Seronok sangat dia masa aku potong kain..macam tahu2 je..

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.