Isnin, 3 Oktober 2016

Nasi Dagang Terengganu, Setelah lebih 10 Tahun Aku Tak Masak

Dah lama teringin nak masak. Siap beli rempah sampai rempah expired. Masa tu duduk di Kg. Baru Ampang lagi. Kemudian order lagi rempah ratus dari kak Ma. Hari ni baru nak buat.

Nasi dagang ni menguji keimanan. Kalau takde mood memang aku tak buat. Ni pun salah satu eksperimen makan buat Aqlan. Sebab anak aku tu suka makan nasi berperisa. Laki siap cakap, kalau dia tak nak makan macam mana.? Pandailah back up makanan apa yang ada untuk Aqlan.

Telefon kak ma minta resipi. Sebelum tu baca juga di blog Azie Kitchen. Setelah digabungkan kedua2nya...maka terhasil masakan nasi dagang ni..kak ted siap cari resipi dalam blog aku. Aku tak pernah blog pasal nasi ni. Maklumlah baru nak masak kali kedua....aku tulislah resipi untuk rujukan akan datang untuk siapa2.

Kami ke Hero Nova Saujana lepas call kak ma. Nak cari bahan. Laki tanak ikan tongkol jadi aku nak beli ayam. Sebelum keluar rumah rendam beras siap2. Kak ma kata 3 jam pun okay...biar beras kembang dan kurangkan tempoh memasak.

Bulan ni ada lagi buku kupon Hero. So nak buat stok la...penuh satu troli. Si Aqlan pow telur 2 biji. Satu telur ada eyeball. Satu lagi telur kinder bueno dapatlah sepasang kasut bola sepak..besar jari kelingking jelah. Hehe.

Baiklah ni berdasarkan apa yang aku masak. Aku takde letak cili api dan belimbing buluh macam Azie Kitchen. Aku tak menumis. Semua pakai masuk macam kak ma cakap.

Mula2 lepas da toskan nasi yang direndam lebih kurang 3 jam tu kita panaskan air periuk kukus. Kak ma kata kalau kukus pakai periuk elektrik tak berapa....dalam keluarga kami.. nasi dagang ialah kak ma punya specialist selain dari pizza. Memang kami akan makan dengan banyak kalau dia masak. Eh resipi tak bagi..hahaha..

Rempah cap bunga rose ni aku tak tahu ada jual kat sini ke tak..sebab memang aku selama ni kirim dari kakak di Terengganu

Daun pisang 50sen



Ayam goreng togel tanpa garam atau serbuk kunyit


Nasi ni kalau makan macam tu je pun sedap


Laki aku potong2..aku masukkan garam dan cuka serta gula sikit



Resipi Nasi
3 cawan beras siam plastik tertera bunga Sakura Sunflower
1 cawan beras pulut
(Campur bersama dan rendam at least 3 jam supaya kembang)
1 inci halia
2 biji bawang sederhana besar
(Halia dan bawang dihiris)
Sesudu kecil halba (aku pakai taruh je sebenarnya. Rendam kasi lembut)
Santan cair 2 setengah cawan. Aku beli santan pekat 1 kg. Nak jadikan dia cair, ambil 1 cawan pekat dan tambah 1 setengah air.
Santan pekat 1 2/3 cawan campur dengan 1 sudu garam kasar.
Daun pisang untuk alas periuk kukus yang berlubang2 tu. Aku takde dulang bulat. Lagipun wangi.

Setelah air kukus didih, letak periuk kukus berlubang yang dialas dengan daun pisang. Masukkan beras dan masak 20 minit.

Setelah tu angkat nasi separuh masak tu masuk dalam bekas besar dan gaulkan dengan santan cair. Masukkan semula dalam periuk kukus dan kukus 20 minit lagi. Itulah sebabnya kena rendam beras. Kalau tak lagi lamalah nak masak nasi tu weii. Masa ni aku tambah daun pisang menutupi tepi2 periuk kukus sebab kali ni nasi dah berair mulalah nak meleleh masuk ke air kukus.

Siap masak masukkan dalam bekas besar. Campurkan santan pekat, hirisan bawang dan halia serta halba. Kacau sebati dan perelokkan rupa nasi tu.

Resipi Kuah Ayam
Ayam bahagian dada 2 belah 2, bahagian peha 4. Total dapatlah 8. Bersihkan dan goreng separuh masak. Korang nak pakai bahagian mana ikutlah...
Bawang shallots India 10 biji. Aku rasa macam letak lebih..hahaha.
Bawang putih 5 ulas.
Halia 1 inci.
Lengkuas 2 inci. Blend semua ni. Ayam taklahhh...
4 batang cili merah. Belah tengah.
Santan pekat 1 setengah cawan. Sebenarnya aku pakai habis semua santan belen dari masak nasi tu. Senang cerita beli sekilo bahagi 2. Hehe.
Air 1 setengah cawan.
3 sudu besar Rempah masak cap Bunga Rose
1 bungkus rempah gulai cap bunga rose
3 sudu besar cili kering kisar
1 silinder kecil gula melaka.
2 sudu garam bukit.
2 keping asam keping.

Renihkan santan pekat dulu.
Masukkan rempah2, bahan kisar, cili dan masak hingga didih.
Masukkan air, ayam, gula melaka, asam keping.
Dah didih masukkan garam dan cili.

Hidangan ni boleh dimakan 5-6 orang. Aqlan makan boleh tahan jugakkk...sukalah tu.

Lepas maghrib jumpa mak dan abang lut bagi depa makan jugak. Abang aku tu bukan selalu nak terus keluar bilik kalau aku datang. Ni aku datang terus dia keluar pastu aku tunjuk makanan terus dia makan. Amikkkkk...

Alhamdulillah sebab dibenarkan untuk memasak bagi mak aku rasa. Nak ke rumah kak ma jauh sangat.

Untuk orang cerewet macam laki dan adik ipar aku,  bila depa kata sedap tu...maka sedaplah..ye aku dikelilingi pengkritik makanan. Aku pun dah join group pengkritik makanan. Jangan berat sebelah sudah.

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.