Khamis, 13 Oktober 2016

Pengganti Kiub Ayam Untuk Masakan, Aku Olah Resipi Mengikut Hati

Adalah susah nak elakkan diri dari MSG. Hampir semua penambah sedap ada MSG. Tahun ni Zcat terkejut dalam kicap ada MSG. Dia sangat marah. Hihi.

Dengan memasak dirumah, kami fikir dapat elakkan dari Ajinomoto yang biasanya dijadikan bahan penyedap makanan. Sedapla sangat lepas tu keguguran rambut dan macam2 penyakit akan muncul satu persatu bila kerap diambil.

Kami pernah masak guna kiub ayam. Jenama yang laris di pasaran. Tapi untuk cari pengganti kena buat stok ayam. Means kena rebus ayam untuk buat stok. Yeah aku tengok rancangan Barefoot Contessa macam mana dia buat. Lepas tu ayam yang berlambak sangat tu nak makan semua?

Jadi aku cari di website. Salah satu paling mudah ialah satu cawan air dicampur dengan satu sudu mentega atau minyak zaitun. Meh aku tuliskan apa versi aku pulak.. sebab lepas tu aku gunakan untuk buat sos Chicken Chop. Hari ni masak Chicken Chop weiiii....

Ni pun kalau aku nak repeat next time..

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air panas
Air 3 1/2 cawan
1 sudu besar Minyak zaitun
Sedikit lada sulah dan lada hitam

Campur semua dan masak dengan api kecil hingga air sedikit memekat...okeh ni dianggap stok sayur la sebab guna bawang. ini akan menghasilkan 800ml stok. jadi aku dah simpan siap2 dalam bekas 200ml setiap kiub.

Haha ayam ni masak 2x. Mula2 goreng atas skiller pastu masuk oven bakar kejap. Gambar yang cantik sikit takde sebab siap masak terus ngap.

Sos bawang ni...memang sesuai cicah Chicken Chop.  

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.