Selasa, 25 Oktober 2016

Semua Makanan Warna Hijau Aqlan Tak Mahu Makan Walaupun Sedap

First time sedar masa ke majlis birthday party Aurora, anak kawan suami. Ada cupcake yang ada topping buttercream. Aqlan tak tahan tengok asyik ambil dan bawa kepada aku. Bila disudu  terserlah warna kek berwarna hijau. Jadi dia tak mahu dan pergu ambil lagi. Sampai aku lost count berapa kali juga aku selamatkan kek2 tu dan letak balik. Kalau dia dah cucuk dengan jari dia takdelah aku letak balik..

Si bapa Aurora pun tak tahu warna kek ialah hijau. Jadi ada 2 lagi jenis kek lain. Tapi tu untuk dipotong semasa lagu happy birthday. Jadi Aqlan masih ambil cupcake. Akhirnya dia dah tak tahan dia hanya makan buttercream.

Pada hari lain kami ke Kueh di Shah Alam. Ni bukan Rumah Kueh Rita Rudaini tau. Hehe. Aku pun ingat tu kedai Rita mulanya. Nama je nak sama tapi bukan.. kami order roti jala. Sebab Aqlan suka roti jala. Sekali sampai warna hijau dan kuning. Si Aqlan memang tanak makanlah yang kaler hijau tu. Puas suap pun dia siap geleng2 kepala.

Ni menjadikan aku susah nak bagi dia makan sayuran.

Tapi semalam masa aku masak bolognese aku letak juga brokoli. Dan dia beria2 datang dan tunjuk sambil sebut brokoli. Bila suap makan elok pulak makan. Tapi memang aku sorok2 sikit belakang pasta. Ahhh pasal pasta spiral yang ada kaler hijau tu..memang dia tak makan kaler tu so aku kena habiskan.

Hari ni goreng cucur bilis dan taugeh. Makan pulak dia taugeh tu. Siap keluarkan dari cucur dan makan. Takpelah asalkan makan sayur walaupun khasiat sayur tu dah ke mana..

Berkenaan buah2an dia memang suka.. tapi memilih juga. 2 hari lepas dia rasa epal kali pertama. Dulu2 bagi makan tak nak. Maybe epal kali ni manis dan sedap elok dia ambil dari tangan abah dia dan makan2. Tapi memang tak habisla sebiji..


Aku buat cucur tak pernahnya nak constant. Asyik la lain2 je come out dia. Kali ni sedap pulak. Adakah sebab tu Aqlan makan? Hurmmm cerewet jangan sangatlah...please..

8 ulasan:

  1. singgah petang....
    ooo...dia x suka warna hijau ye...
    nampaknya kena bagi makan sayur yg warna dia selain dari hijau la mcnie...

    BalasPadam
  2. unik la Aqlan ni..tapi dik wane ijau la cantik..rugi xmkn..

    BalasPadam
  3. nak jugak dia makn walupun sorok2..
    hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena sorok sebab dia selalu perhatikan apa yang kita suap ke mulur dia..eiii..

      Padam
  4. Aqlan bagus.. dia tak akan kata mak dia hijau !! haha..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.