Ahad, 9 Januari 2011

Tanda2 Diri Dah Berusia

Kini, banyak makanan aku dah tak dapat nikmati. kerana kalau aku teruskan juga niat nak makan aku akan demam serta merta. antibodi dah jadi lemah?

beberapa makanan yang aku kena elakkan;-

  • Susu Yogurt - aku start minum semasa mula tinggal di KL. kira2 11 tahun lalu. last time aku minum beberapa bulan lepas, aku demam serta merta. arghh..nikmat kena tarik balik.. 
  • Susu keluaran Dutch Lady perisa Strawberry - aku elok2 je balik dari kedai, minum segelas, terus demam..
  • Twister perisa Orange - dah hampir setahun aku tak minum, sebab kadar kepanasan badan akan memuncak serta merta lepas minum. tak sanggupla tengah elok2 kat pejabat, demam..lemah satu badan.
  • Nescafe Arabica - migraine terus. berdenyut2. lagi psiko diri aku sendiri. kalau nak juga minum, aku kena dalam keadaan mood paling tenang.
  • Bar Chocolate Cadbury - aku tak boleh makan pagi2 dengan perut kosong, confirm ceri-beri. last 10 years aku dah dapat detect. sebab tu kalau nak makan, tengahari sikit. sebab aku kalau makan 1 bar besar aku boleh habiskan.
  • Milo - aku mengantuk dah pening2 sikit. kalau dah orang hidangkan aku minum jugak tapi sebenarnya nak amik hati je....
  • carbonated drinks - perut mesti tak sedap. kurang2la minum...100+ boleh la minum time tak sihat kot.

Jadi aku replace makanan2 yang aku tak dapat makanan ni dengan;-

  • Susu soya V-soy - pergh terbaik buat stok. 6 botol kaca beli. dah bedal 2 je baru..
  • Susu tepung Dutch Lady - kena minum panas2 tanpa campuran gula ke atau susu pekat. lagi pekat bancuhan, lagi baik. tapi dah lama la tak buat stok, last time sampai susu tu mengering..ke dah kena elak jugak ni?
  • aku percaya aku dah alah vitamin C. macam mana nak minum oren? makan buah oren la tak pun minum Sunquick.
  • Nescafe Gold - dah try decaf jugak. decaf penutup merah. tapi gold original paling best. paling murah dapat beli RM14.50 untuk 100g. isian semula 170g dalam RM20. 
  • Hot chocolate la - apa2 brand pun boleh janji elak Milo.
  • Lemon + Madu - memang terbaikla. tapi madu aku dah mengeras. demam2 bagus minum air ni.

badan seharusnya dapat digunakan sehingga akhir usia. aku rela berpantang asalkan anggota badan aku dan organ dalaman selamat & sihat.

selamat berdiet sihat semua!

4 ulasan:

  1. salam
    bagus tuh dah kenal pasal diri sendiri.saya pulak takde masalah pasal makanan. tapi tahu pasal kelemahan diri sendiri iaitu setiap pagi bangun dari tidur mesti nak berak, jenis tak boleh tahan. sebabkan itu kalau nak bercamping skrang susah sket la..dan kalau pergi tido kat rumah orang/sedara orang ke..mesti segan punye pasal tu...hehehe

    BalasPadam
  2. Macam tu lah bila dah masuk 30's (sayalah tu).. sakit sana sakit sini.. Panjat tangga pun boleh termengah.

    Eri kena kurangkan makan/minum bergula.

    BalasPadam
  3. sy setakat ni xdelah masalah ngan mknan mgkin masa akn dtg xtaulah kan...

    BalasPadam
  4. wooo byknya yang ko realize...huhuhu ko ni mmg prihatin tulll

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.