Rabu, 23 November 2016

10 Tahun Sudah Aku Menulis Blog Dengan Pelbagai Cerita Untuk Ingatan

Tak sangka dah 10 tahun menulis blog.

aku cuma sertai Nuffnang pada January 2010, itupun setelah diperkenalkan oleh Mimy. so sedikit sebanyak aku belajar menulis blog sperti aku sedang bercerita dengan seseorang atau beberapa orang.

cerita2 aku tak up to date sehinggalah aku buat keputusan untuk tulis blog apa yang terjadi pada hari tu. sebab aku nak ingat balik bila2 aku nak search. ya itu semua hanya bermula pada tahun 2015.

banyak pengalaman dapat dari blog ni..

yang paling aku suka jumpa blogger lain. tapi ya aku ni kekok sikit mula2. dan ya Mimy juga yang kenalkan aku dengan blogger2 terkenal lain. fuhhhh dasyat diorang berblog. rasa aku kecik sangat. hahaha..maklum aku berblog suka2 hati.

setakat ni aku telah claim 2 tiket wayang dari Nuffnang dan juga sekeping cek yang amaunnya tak besar mana sebab aku ni sedar blog aku biasa2 je...

tapi aku tetap berbangga sedikit sebab ada artikel2 yang memasuki first page Google Search. haha.

contohla guna keyword ni..

1.  SUSU KARIHOME


2.  NUTOX RANGE


3.  HANTARAN MERISIK



4.  MANA NAK BELI SUSU KARIHOME


5. ARENAA STAR HOTEL


pada tahun 2015 aku telah tulis tajuk blog mengikut tarikh takwim Hijrah. pada tahun 2016 jumlah perkataan pada tajuk pada blog mengikut bulan. so kalau bulan 11 ni, sebelas perkataan la aku type. kadang2 sakit juga nak fikir apa tajuk nak tulis.

tahun 2017 tak tahu apa pulak plan aku dengan blog ni. yang pasti aku memang suka tukar template. daripada tak tahu apa2 sehingga aku dah fahamlah cara nak edit CSS tu. syok dan mengkhayalkan sampai tak tidur satu hari, ya..so aku faham nerd IT man...macam laki aku tulah...

OKAYLAH moga bertambah kenalan dan boleh jumpa depan2 mata..bukan asyik main sorok2 dan komen kat blog...hahaha.

8 ulasan:

  1. kenal anis bermula dr muka aqlan yg k-pop, selalu komen setiap entry yg zie buat, lama kelamaan jd frend di FB,ig..

    Bab edit css tu, ya hampun mmg tak tido satu hari klu melayan HTML, so surrender takmo buat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dak Aqlan muka KPop ke..
      Kalau rasa nak komen kita memamg komen2..kalau tak kita baca dan dia je..salah komen kamg naya..👌👌👌

      Padam
  2. Wahhhh..dah 10 tahun.. lma jgk tu.. samalah dgn lya menulis blog utk simpan kngan..skrang bila tgk blik cerita2 entri lama..terimbau blik kenangan..ade cerita rsa sedih...happy n mcm2 lg...

    Lya dh lupa bila sertai nuff.. bg lya xde la melampau nk hrapkan $$$ ..tp klo ada.,adalah.,semua tu kan rezeki.. y pnting enjoy with blogging

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.