Haha...kalau kitorang ni memanjang la berfikir dan boleh gaduh juga kadang2 tu. Kejap nak ke situ kejap nak ke sini. Dah pilih tempat, tengah2 otw tu boleh pulak google cari tempat lainlah. Tukar arah Waze lah. Eeee kadang2 geram juga.
Pilihan kami selalunya..
- Western
- Chinese Muslim Food
- Masakan Melayu
- Fusion
- Mamak (sebab aku tak gemar sangat)
Kemudian kena fikir untuk Aqlan..
- Kid's friendly area
- Baby chair
- Kid's Food choices
- Apa yang dia suka makan sebenarnya
Kedudukan & Pilihan Kedai
- Parking depan kedai lagi bagus
- Kalau dah malam memang Mall bukan pilihan
- Mesti sejuk ada aircond atau kipas besar...kami 3 beranak suka sejuk2..
- Servis cepat..sebab anak aku kalau dah lapar dia mengamuk.
- Jarak dari rumah
- Minyak, tol dan parking tu laki aku tak peduli sangat (aku agak berkira)
Lepas semua ni dah diambilkira barulah kami pergi....kemudian terjadilah kisah nak pergi tempat tu akhirnya pergi tempat ni... selalu sangat dah..
Contohnya malam ni..plan asal
Aku nak makan mihun. Laki koay teow dan Aqlan nasi ayam ke nasi goreng ke...
Nak pergi...
- Coffee Box - jauh naaa di Selayang, yang kat Subang tu takde pun.
- Old Town White Coffee - takdak yang sesuai nak bagi anak makan
- The Sumbs - Shah Alam
- Kedai2 di Seksyen 15
- Kedai2 di TTDI
Dalam menuju ke ke The Sumbs tu kami ke Tanah Aina. Sabar aje.
Dari review kata tempat ni cozy. Jadi kami pun nak rilek2 je..sambil masuk parking laki sempat jeling harga makanan..tutup hari Isnin.
Kami pun duduklah dan order makanan. Kami dapat meja kaca untuk 3 orang. Aqlan dapat duduk baby seat Mother Care..bukan Ikea yang pada kebiasaannya.
Sebelum dapat baby chair feeling orang dewasa lah tapi pinggan mangkuk dia plastik kekeke. |
Ada hati nak beli cookies tapi tak jadi |
First time alas pinggan ada gambar2 macam ni Aqlan suka sangat |
Bila dia dah start merayau2 kat kaunter, ada terletak patung
kucing panggil masuk tu dia nak pegang; kami bagi dia tengok YouTube kat sofa
Dah dapat kerusi mengamuk sebab kena ikat duduk, abah dia ajak nyanyi lagu Pooh and Friends tu..lagu lullaby |
Menyesal order ni sebab kenyang gila..ni ada campuran buah2 berwarna oren dan kuning |
Lama juga nak dapat makanan. Orang ramai, staff macam tak cukup. Semua yang aku tengok Melayu. Nasib air kosong sampai dulu..3 gelas..
Aqlan memang start ngamuk...tapi bila makanan sampai dia senyap. Kami order untuk dia Chicken Carbonara Fettuccine. Aku bihun. Laki koay teow.
Carbonara sampai2 kat meja je dah tumpah kuahnya atas meja dan hp laki. Tapi laki aku takde marah2. Staff pun minta maaf. Tapi kenapa kelam kabut...maybe sebab tahu dah lama kami tunggu? Entah..
Lama tu baru bihun aku sampai.. dan lama tu juga baru koay teow sampai dihantar seorang wanita berambut tidak asli.
Komen aku lepas naik kereta..
Tanak datang dah..
Laki aku pulak komen..nak datang balik tu lama lagilah setahun dua kot..aku..erm ermmmm tidak.
Aku takde masalah dengan staff, tempat makan atau pinggan mangkuk. Haha. Bagi aku makanan tak kena tekak kami. Makanan sedap tapi tekak kami ni lain sikit. Laki aku prefer koay teow style Cina. Yelah dia tu kan ada darah Cina. Aku pulak memang suka bihun tapi aku nak bagitahu apa yang sebabnya aku tak nak datang dah..
Dalam setiap hidangan ada timun, lobak, ulam raja dan kobis. Ni dalam bihun dan koay teow ok lagi...dalam Chicken Carbonara Fettuccine pun ada.....walaupun sedap tapi sebab aneh aku tak boleh nak adapt makanan omputeh ada hiasan ke tambahan macam tu..
Korang nak datang makan sini datanglah..sini makanan Melayu Authentic. Tempat cozy gila. Ada desserts tapi kami tak order sebab kenyang tahap entahlah... |
betul tu,kdg2 cr tempat mkan bolh buat gaduh..
BalasPadamlast2 kdi mamak jugk jadi pilihan..
Gaduh2 manja bila lagi kan..?
Padamaku pun selalu jugak, tapi end up ke mamak sudahnya :p
BalasPadamEnd up kalau ke mamak tu aku order teh tarik dengan maggi goreng je. Yang lain tak pulak nak makan sangat..
Padam