Masa remaja kulit muka aku pulak sensitif. Tak boleh berpanas. Terbakar sunburn semua. Jumpa doktor bagi krim je. Sapulah hari2. Masa awal baligh jerawat pun naik tak banyak. Lebih kepada sunburn. Kalau 5x ambil wudhuk..5x la menahan pedih muka. Dan gatal merenyam. Sapu lidah buaya. Tak kenal pencuci muka dan krim apa pun. Muka suci gitewww.
Aku mula pakai pencuci muka umur 16 tahun kalau tak silap. Ke 17 tahun. Aprikot Nutrimetics. Siap jadi member. Kadang2 beli Ginvera. Kak Ma la masa tu ajak2 aku start pakai pencuci muka. Suka beli yang murah2 je. Kadang2 tu beli 2 murah so share dengan kak ma.
Aku seumur hidup tak pernah pakai Fair & Lovely. Zaman aku sekolah kat KT ramai kawan2 pakai. Masing2 nak putih. Maklum duduk KT dekat angin pantai muka burn all the times. Aku masih pakai pencuci muka yang aku rasa mampu beli. Ala dulu2 pakai Johnson&Johnson Clear Gel tu. Ambil set lagi..haha. ni aku teringat kawan aku Pinah. Kalau pergi Mydin borong toiletries dengan dia..hurm macam2.
Dah kat Matrik aku rasa Ginvera Aloe Gel la paling terbaik. Masa tu aku rasa produk dia mahal la sebab aku kan student. Tapi disebabkan kulit muka aku dah semakin flawless..haha siap ada kawan2 lelaki tanya pakai apa? Sebab diorang pun problem kulit muka boleh tahan.
Dah kerja macam2 la aku pakai. Nak cerita banyak sangatla..
End up sekarang aku pakai It's My je selepas kehabisan The Face Shop. Sekarang kulit aku dah kering. Masa remaja dulu combination. Umur meningkat macam tulah...
RM10 Je kat Althea |
RM12 je Althea jugak |
Sabun kunyit Marini Naturalémagic RM10 kat The Labels Tesco Damansara |
Apapun produk Korea dan Jepun memang teratas dalam pemilihan aku..hehe.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.