Isnin, 14 November 2016

Resipi Pancake/Lempeng Sedap Gebu Gebas Dan Mudah Bersama Orange Syrup

Lempeng ialah makanan yang selalu dihidangkan pada waktu sarapan pagi. Ni adalah antara makanan yang pertama aku belajar masak zaman dulu2. Kalau ikut resipi mak memang mudah tapi selalu finishing result aku buat kadang lembut kadang keras kadang tak cukup lemak manis..maklumlah mak kita suka campak2  je...dah pro sangat.

Zcat dan mak mertua suka lempeng resipi mak tu tapi memandangkan aku selalu buat tah hapa2..hahaha jadi aku cuba cari resipi yang sedap macam dimakan di Pancake House baru2 ni. Kelembutan dan maple syrup dia..perghh sedap betul.

Kenapa aku tak ambil gambar macam yang omputih buat tu? Stack tinggi2 dan curah orange syrup? Sebab tak dan la..dah kena ngap2 dengan mertua, laki dan anak. Haha..takleh nak buat apa dah. Makan panas2 sangat sedap.

Ada banyak resipi kat web. Tapi aku pilih yang ni sebab katanya ada bahan kat rumah. Meh aku tulis kat bawah ni apa yang aku dah inspired kan. Hehe.

Resipi asal boleh tengok di http://cookingbride.com

Buttermilk Pancake

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh baking soda
  4. 1/4 sudu teh garam
  5. 2 sudu besar gula
  6. 1 biji telur dipukul
  7. 200ml susu segar Marigold + 2 sudu besar jus perahan lemon = menghasilkan buttermilk
  8. 1 sudu besar minyak masak 
  9. 100ml susu segar Marigold


Cara2

  • Menggunakan satu bekas: campurkan tepung, baking soda, baking powder, garam dan gula.
  • Satu bekas lain: campurkan telur, buttermilk dan minyak masak. Kalau ada buttermilk sendiri tak payahla buat macam aku buat. Resipi buttermilk tu pun aku cari kat google je ada macam2 jenis campuran, tapi susu campur lemon sangat sesuai dan paling senang. Guna mixer memang cantik..kalau takde kacau guna whisk sudah.
  • Kemudian campurkan pada adunan tepung dan kacau sebati. Sekiranya adunan macam berketul campurkan susu segar sedikit demi sedikit ikut suka kadar kecairan yang dimahukan.
  • Menggunakan kuali pan, panaskan dan guna 1 sudu teh olive butter. Apa2 butter pun boleh. Guna sudu penyukat berukuran 60ml atau 1/4 cawan. Hasilnya saiz yang sesuai sangat. Kalau guna sudu penyukat 1/3 cawan adunan pancake akan memenuhi saiz pan. Hehe.
  • Bila dah nampak bubbles pada permukaan adunan yang dimasak tu flipkan. Sebab kalau lama lagi hanguslah pancake sebelah..


Orange Syrup

  1. 1 cawan gula putih
  2. 1 cawan Sunquick Oren


Cara2

  • Masukkan bahan2 dalam periuk. Api sederhana ke besar kemudian sederhana balik.
  • Masak hingga mencapai kadar kelikatan yang disukai. Aku masak sampai melimpah syrup tu..habis kena lap dapur masak. Kalau takde Sunquick guna oren juice pun boleh. Tapi hasilnya memang lain2. Aku pulak pakai lebih dari 1 cawan Sunquick sebab tinggal lagi sikit je nak habis sebotol kecil tu.


Syrup ni sangat panas ya. Sila sejukkan sikit sebelum masuk dalam botol kaca untuk tahan lebih lama.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.