Rabu, 16 November 2016

Mertua Datang Tinggal Seminggu, Macam2 Agenda Nak Buat Bersama Untuk Mereka

Mertuaku datang sejak Ahad lepas. Dan katanya nak balik Ipoh semula hari Sabtu ni. Jadi macam2 perkara nak buat supaya diorang tak kebosanan la kat sini.

Bermula hari Ahad, kami makan2 di Nandos.

Hari Isnin suami bawa ibunya jumpa doktor di Putrajaya dan ke Shah Alam untuk ke Mehnaz. Beli barang2 dan makanan Arab kat situ. Kan famous dan murah.. suami pun sempat shopping minyak kelapa, madu, kurma dan macam2 lagi untuk kami sekeluarga. Malam aku masak pancake. Dan suami ke gym.

Selasa, aku tak masak apa2 kecuali nasi goreng. Suami belanja KFC untuk diorang. Malam keluar dating dengan suami kat Ikea. Hehe. Balik tu beli nan garlic dan cheese di TTDI. Mak mertua teringin nak makan.

Rabu aku masak nasi tomato dan ayam masak merah je untuk jamu. Suami ke gym lagi..jadilah 2x je seminggu buat masa ni. Semua pun sebab instructor jugak.

Aku plan nak masak kek buah kukus ni tak jalan2 lagi plannya. Ada je hal. Haha. Padahal dah tahu laki dan mak mertua suka makan kek buah. Aku perlukan aura okay....yang pasti aku dah beli mangkuk kaca kat Ikea harga RM5.90 tu. Ermmm tak sabar nak pakai nak uli2..kekeke.


Beli 2 terus semalam. Laki kata kenapa nak 2? Aku jawab sebab murah. Sebelum tu aku dah amik yang harga RM19.90 dan ada muncung khas untuk mudah dituang..tapi letak balik bila jumpa yang ini.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.