Selasa, 15 November 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 15112012-15112016, Kami Pergi Ikea Damansara Jer

Selamat sudah 4 tahun berkahwin. Haha. Ada seorang anak...jadilah dari takde. Tu pun ada je yang tanya2 bila Aqlan nak ada adik...eh biarkan budak tu seorang dulu.

Lepas Maghrib, mak mertua offer jaga Aqlan bagi kami pergi dating berdua. Laki buat pilihan banyak kat aku, tapi aku sebenarnya lebih pentingkan masa berdua tu. Tak payah nak beria sangatla makan. Lagipun bulan 10 lepas kami dah makan sedap banyak sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mengikut bulan Hijrah. Cuma masa tu ada Aqlan sekali. Hehehe.

Ada sebab ke sana. Mula2 nak ambik barang yang ditempah di The Labels kat sebelah MarryBrown Tesco. Kemudian jalan2 sikit dalam The Curve dan tengok kedai Poplook. Laki aku yang perasan dan suruh aku pergi masuk untuk tengok2.. wahhhhh..tapi tak beli apa sebab nak rushing ke Ikea lagi. Haha.

Hari ni kurang sikit rasa meatball dia

Almond Cake 

Yang ni memang sedap

Eh dah kurus sikit encik Zcat ni

Style mata lebam. Lampu salah. Hahaha. Aku pun malas mekap. Kelam kabut keluar rumah tinggalkan Aqlan yang dah nyenyak tidur

Kami makan dulu lepas tu barulah nak beli barang2 untuk mertua bawa balik. Semua pun kena cepat sebab masa tu dah jam 9.30 malam. Hahaah Ikea tutup jam 10. Saja je kan terhegeh2.

Dah dapat apa dicari, barulag nak balik. Masa bayar tu memang jam 10 malam. Lalalala..sian juga aku tengok cashier tu. Muka dia penat. Aku tengok perut dia besar sikit macam tengah mengandung. Patutla cantik je manis. Hehe.

Dah keluar tu banyak pintu dah kena tutup. Kami parking kat The Curve so laki pergi sendiri ambil kereta sebab jauh dan berat nak bawa barang2. Aku pun tunggulah..

Takde satu teksi pun masuk kat tempat tunggu tu. Nampak kat seberang di bangunan The Curve je. Ada satu keluarga omputih pun shopping agak banyak barang2 Ikea, panggil Uber. Sebabnya tiba2 datang satu kereta Alza dipandu seorang Cina. Tak mungkin ahli keluarga.. gaya Uber driver sangat. Nasib takde drama dari pemandu teksi ke.

Perkahwinan tu bukan fancy live je. Ada turun naik. Ada gembira sedih. Lebih baik fikirkan apa yang positif dan sentiasa menyokong dan mempercayai pasangan anda. Back to basic..Allah yang plankan apa yang terbaik untuk kita. Selalulah minta2 dariNya.

Terima kasih atas semua ucapan di IG. 💛💛💛

8 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.