Calling2 semua kata jumpa di Nandos Citta Mall. Aku minum air kosong jelah..tak mampu dah nak telan apa2. Aqlan makan nasi je.
Nasib pak mertua sihat dah selepas pembedahan jantung 2 bulan lepas. Si Aqlan ni asyik nak main lasak2. |
Kemudian kami berpisah...alahai nak pergi Hero kat Nova Saujana bertentangan jalan je..masa tu dah start hujan rintik2.
Elok masuk Hero, hujan lebat sangat. Aqlan muka dah penat sebab puas jalan dalam Citta Mall, masukkan dia dalam stroller. Upah Kinder Joy satu supaya dia diam.
Shopping barang dapur kat Hero ni best. Bersih sangat. Lepas tu tak ramai orang..boleh feeling pilih2 barang. Haha.
Kemudian aku dah start lapar balik. Lalu nak beli burger mini. Dah beli...laki bagi kupon free nasi lemak dari Hero. Sebelah keluar tu ada tempat makan2. Aku pun terusla nak makan nasi lemak...memang sedap sangat nasi lemak ni..bernilai RM3.20. Shopping barang2 je dah jimat total RM20 untuk semua: diskaun, parking yang diberikan wang tunai untuk bayar dan nasi lemak free...seronoknya lah...
amboi gelak besar..hahah
BalasPadamsuka aqlan dpt jumpa tok ye..
Sakanla main2 dalam Nandos pun jadi..
Padam