Elok masuk kereta hujan pun nak menitis. Jalan sikit dah lebat amat. Bawa perlahan2 je..
Sampai di area tol UPM dah takdak hujan. Stop terus. Cepat2 ke rumah kak pa kot sana hujan balik. Aqlan pulak tidur. Penat sangat la tu tolong kemas rumah.
Esok mertua nak sampai..berialah kemas kan. Kalau tak...mainan dia aku biarkan je sepah2 2-3 hari. Angkut simpan...dia angkut kasi terabur balik. Erk.
Masuk je rumah sambil berdokong tu terus dia buka mata. Bagilah makan kuih muih lepas dah celik sikit. Kemudian pergi main sorang2 kat tingkat atas. Tetamu lain ada je. Aku borak dengan anak2 buah jelah..hehe. Yuhana pun nak balik Rompin dah...
Boleh pulak diorang tanya dah lupa ke cara pegang baby? Masa tu aku tengah terkial sikit nak keluarkan dari baby cot. |
Ni Yuhana la snap. Dia kata yang penting muka baby tak blur. |
Yuhana sudah kurus sangat ni...sila kekalkan...sebab lepas ni dah balik Rompin takda sapa kontrol dia makan...😉 |
Dia cuba nak ambil gambar dengan Aqlan, tapi budak tu tak layan.. |
Aku makan kuih kak pa sediakan dan beli...banyakkkkk. nak makan banyak memang tak mampu. So merasalah serba satu. Sedap. Ada bihun sup lagi siap tapau. Hahaha. Ada gak kuih ketayap dan onde2.
Lepas maghrib kami balikla sebab nak tapau nasi untuk Aqlan. Dia tu tanak kuih. Kang lapar pulak. Tapau nasi arab kat sebelah Bangi Furniture area tu.
Macam2 kak pa bagi bawak...aku tolak2 sikit. Haha tak mampulah.. kenyang tahap tak tahu nak cakap...terima kasihla kak pa sekeluarga. Abang Musa pun nak balik ke Mekah minggu depan dah. Dia memang kerja kat sana bertahun2 dah. Tiap2 tahun boleh buat haji dan umrah.
Kami ni bila pulak nak dipanggil ya?
menziarah dan menerima tetamu sememangnya amalan yang mulia... membuka pintu rezeki :-)
BalasPadammemang seronok aje berziarah ni.
Padamnasi arab!! sedap ye
BalasPadamaqlan pun susah nak bergambar ye..
Aqlan sibuk nak main. Sepupu sibuk nak bergambar. Haha.
Padam