Isnin, 28 November 2016

Ambil Ujian Darah Sekali Lagi..Kalau Maintain 4 Takyah Makan Ubat

Rasa tahun ni berkali2 jugak pergi klinik kat Sg. Besi tu. Test darah setiap 6 bulan..ambil result sebulan kemudian..ambil ubat setiap 3 bulan..

Hari ni paling awal pergi. Nasib dapat kejutkan Aqlan dengan mudah sekali. Haha..siap alarm bunyi berkali2. Jam 8.01am dah keluar rumah. Ambil nombor jam 8.24am dan siap sebelum jam 9 pagi.

Dah siap semua pergi tukar tarikh appointment untuk result ke tarikh lain sebab tarikh yang dicadangkan tu ada hal..hal apa..? Haha next story bulan depan..

Dah siap semua pergi sarap kat Mak Jah. Kesian Zcat nak makan sup tak dapat2. Akhirnya kami makan lontong sahaja. Dah tu minum teh tarik....menambah sangat gula kan...lepas tu habiskan 700ml air kosong.

Sejak minum air kosong berkodi2 ni memang asyik ke tandas je. Bukan setakat lepaskan hajat kecil. Hajat besar pun sekali. Eh dah macam detox pulak minum air kosong ni. Takyah nak membazir beli pil2 detox tu. Haha. Aku takdelah perut memulas...alhamdulillah.

Balik rumah ngantuknya lah... sempat pulak tanam pokok pandan yang dah seminggu berendam dalam tin. Lepas tu tak boleh tidur pun.

Tengah fikir nak masak apa...kenyang makan lontong belum habis..tapi untuk dak Aqlan kena bagi makan jugak. Dia tu suka makan nasi. Makan roti telur pun tak habis tadi siap tapau bawak balik..kang ibu dia jugakla yang menghabiskan.


6 ulasan:

  1. amboi tyang lontong, sedap sunnguh aihh.
    semoga baik2 aje, maintain kesihatan

    BalasPadam
  2. wah lontong..saya kalau tiap hari minggu mesti singgah kedai tapau lontong. puas hati sedap dan murah.

    semoga baik2 saja ..check darah, sakit apa?

    BalasPadam
  3. tayang lontong tu tak menahan..huhuhu sdpnya kak

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.