Khamis, 3 November 2016

Rak Berlaci Untuk Penyusunan Barang Mekap Dari Akrilik Adalah Satu Kemestian

Ni beli sebab rak barang mekap yang dibeli dari Ikea tu..laki nak pakai untuk letak barang2 alatulis dia kat opis. Memang pun asalnya rak tu untuk alatulis. Aku je yang memandai buat untuk susun barang mekap. Eh mesti kreatif kan.

So lama juga aku mencari..hari tu ke GM tak terfikir pulak...lepas dah beli kat Lazada, ada juga gatal2 nak tengok kat ezybuy tapi tak sanggupla..karang marah pulak harga berbeza. Haha.

Semalam sampai so terus nak kemas2. Actually ada lagi satu beli khas letak lipstik je..tapi lain timing pulak.



Dalam drawer tu untuk letak berus mekap..tapi Aqlan suka sangat main buka2 drawer. Risau pulak kang terjumpa berus kat mana2..

Beli guna RHB kredit kad dapat 7% diskaun. Aku takde. Pakai online transfer biasa je..lepas tu pergi dekat web lalalax tu untuk pilih kod diskaun. Diskaun akhir dalam RM15. Tapi bukan beli benda ni aje ada lagi benda lain tak sampai2. Hehe.

Ingat! beli online memang ada diskaun  tambahan kalau pandai cari. Yang penting tak payah pergi kedai dah merayau lama2 tak tentu hala pastu akhirnya cakap lain kalilah datang beli... kan ke membazir masa, duit minyak..duit parking dan duit tol. Kekeke..laki aku selalu ingatkan cost of time je.

Siapa ada pengalaman beli kat ezybuy meh cerita sebab aku nak beli sesuatu dah jumpa kat web itulah paling murah tapi aku risau sangat sebab barang tu bukan harga murah..risau dapat yang tipu dan takde international warranty..barang letrik.


2 ulasan:

  1. waa, tmpat make-up baru..lps ni rajin la aqlan mengemas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua pun rajin mengemas. Tinggal barang tu letak balik atau tak je. Hihi.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.