Lunch kami makan tomyam putih Thailand tu. Masak ikut resipi Sheila Rusli. Sedap la selepas diperah limau nipis dan kasturi dengan kadar lebih banyak. Sebab laki suka masam2. Dan dia memang fav sangat tomyam putih Thai ni.
Lepas makan...dah jadi ular sawa kejap. Makan nasi sikit tapi lauk makan banyak. Bubuh sotong dan udang jer..
Lepas tu makan aiskrim...naik bilik boleh pulak layan mata..nak pergi jalan2 kat taman cuaca macam tak menentu..hujan sekejap tengahari tadi.
Akhirnya dari jalan2 dalam taman kami pergi jalan2 dalam mall. Hehe.
Sampai je Atria Shopping Mall kami solat dulu. Sekarang dah tak payah take turn. Aku bawak je Aqlan masuk surau suruh dia duduk diam2. Tapi dia tu tak diam mulut la. Ada je benda nak mengira atau bercakap. Pandai pulak dah aku habis solat dia cepat2 pakai kasut nak ikut orang lain keluar buka pintu. Aku punyalah risau..nasib muka abah dia muncul tiba2. Heyyyyy... siapa tak sayang anak weii.
Kemudian ke Molly Fantasy di tingkat 3. Biar dia rasa seronok main dalam playground tu. Layan jelah dia main sampai puas. 30 minit pertama RM6. Setiap 10 minit tambahan RM1. So kami kena RM9.
Lepas tu pergi makan di Pancake House. Selera lah budak tu makan dah penat main tadi.
Kami memang tak berjalan dalam kedai atau cuci2 mata pun. Kedai pun dah nak tutup. Balik je terus lepas kenyang makan pancake.
Sabtu, 5 November 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tu yg risau tu,budak2 ni tau nak main je,nasib papa aqlan dtg tepat pd ms ye..
BalasPadamberderau darah setiap kali budak tu hilang dari mata kalau kat luar rumah..erkk
Padam