Khamis, 10 November 2016

Sebenarnya Nak Jaga Anak Tu Mengikut Peranan Ibu Bapa Masing2 Kan..

Masa mula2 menimang cahaya mata berapa banyak parenting blogs yang aku pergi baca. Laki aku baca lebih banyak dari aku sebenarnya. Dia siap tag2 aku atau share kat laman social kitorang lagi. Aku ni pulak bukanlah jenis pakai ikut je... kena sesuaikan ikut keperluan anak tu juga.

Yang paling banyak aku baca pasal pemakanan. Budak ni ada tahap2 umur dia baru boleh makan sesuatu. Contohnya Aqlan ni aku bagi dia makan ikut tahap macam ni..

  • 0-6 mths susu formula Anmum dan susu ibu. Aku tak banyak susu walaupun aku dah tinggalkan kopi masa tu demi anak.
  • 6-8 mths dah mula start susu peringkat kedua. Anmum bulan pertama, bulan seterusnya Karihome. Kenapa susu kambing? Manfaat sangat banyak dan menghampiri susu ibu. Bulan ke-7 juga aku dah tiada susu badan. Aku juga dah start bagi makan semua sayuran dan buah yang sesuai melalui kaedah kukus..lenyek dan jadi paste. Kalau keluar, travel dan tidur hotel ke aku belikan yang dah siap macam brand Heinz tu.
  • 9-10 mths dia dah makan bubur nasi. Buat sup ayam. Lelah buat bubur nasi ni tau. Haha. Tapi laki aku banyak tolong. Periuk nasi siap beli ada timer. Malam lepas jam 10 letak semua bahan. Jam 4 pagi automatik masak. Jam 6 pagi dah kena cedok2 masuk bekas. Bagi juga cookies yang lembik2 tu. Bila beli laki pun ngap sekali. Katanya sedap.
  • Bila anak dah masuk 11-12 months boleh dah bagi buah2 macam betik dan tembikai. Aqlan tak suka pisang, epal. Dia sangat suka anggur. Aku pun dah start bagi makan nasi goreng cina.
  • Masuk umur dia genap setahun kami bagi makan aiskrim. Sampai la ni suka aiskrim dan coklat. Tapi dia makan aiskrim dalam tub je. Kena suap. Tak pandai aiskrim pegang tu. 
  • Aqlan juga suka makan sosej yang direbus. Selalu bagi makan rasa bersalah juga sebab apalah zat dia sangat.
  • Kami bagi dia makan nuget ayam pun lambat. Dah masuk umur nak 2 tahun kot baru bagi. Pun rasa bersalah. Jadi aku selalu belajar buat nuget atau begedil yang sesuai dengan tekak Aqlan. Dia ni memilih.
  • Bila dia dah umur 2 tahun ni aku tahu dia suka makan kek dan nasi yang berperisa. Sebab tu aku banyak belajar masak nasi berperisa. Laki aku selalu cakap you jangan masak untuk I dah.. masak untuk Aqlan. Tapi aku suka masak untuk korang berdua. Susu Karihome dah masuk step ke-3..susu ni makin susah nak cari yang murah...
  • Pasal sayur memang susah nak bagi dia makan..kalau dia makan kami happy tapi memang dia tak makan. Jadi contoh sayut dia makan ialah labu cina. Mungkin sebab tak terasa sangat bila dah buat dengam soohoon tu dan masak air rebus dengan ikan bilis. Manis2 sedapla kan.
  • Air pulak sampai sekarang suka Ribena je. Pernah bagi jus buah tapi mula2 je minum lepas tu tanak dah.


Anak aku memang tak gemuk atau bam bam. Takde bentuk orang Michelin. Berat dia pun 12.3kg tambah tolak je. Walaupun makan agak berselera. Sekarang makan 2 senduk nasi rata pun boleh habis. Kalau jumpa pakar kanak2, doktor pun tak risau sebab Aqlan lahir memang kecil dan ringan jadi sesuailah.

Yang pasti kami dua orang kena kuat tubuh badan sebab Aqlan ni lasak dan jalan laju. Macam aku pulak. Haha.

Dalam mendidik anak, bab2 baca buku banyak laki buat. Aku ada juga ajar melukis dan ngaji. Kat rumah ada macam2 alat home schooling. Tapi Aqlan ni budak umur 2 tahun 8 bulan jadi banyak la main. Belikan kapur tulis pun semua dia buat jadi roket. Tapi bab mengira dah sampai 20 cuma dalam American accents jelah sebab banyak layan youtube.

Kata orang youtube tak elok. Ipad jangan bagi sangat. Tapi Aqlan ni dia pilih sendiri apa dia nak. Bab2 dia kenal huruf, nombor, warna, benda2  dan binatang serta alif ba ta semua tu dari pencarian dia sendiri. Dan dia akan datang pada kami untuk speaking atau tasmek dalam bahasa arab.

Cuma Aqlan bab mintak makanan tak tahu. Lapar je mulalah dia buat2 ngamuk. Ngantuk pun ngamuk sebab selagi tak teman tidur sebantal dia seeking attention. Dahaga tahu pulak sebut haus dan susu. Sejak umur setahun dia pandai sebut 2 benda tu.

Jadi bila tak pandai buat ayat mintak apa2, kami pun kenalah selalu bercakap dengan dia. So lama2 dia pandai cakap 2-3 patah perkataan sekaligus. Tu pun sebab suka nyanyi tengok Hi-5 dan Youtube la.

Aku kadang2 rasa nak ambik satu buku dan tulis vocab yang dia dah tahu. Banyak sangat. Kalau banding dengan aku masa kecik, aku ni tak pandai bahasa Inggeris. Tapi sebab mak aku suka speaking London kat rumah jadi aku tahulah. Kak Ma aku pun dulu suka tulis surat untuk aku dalam English masa tinggal di asrama. Jadi kawan2 fikir aku pandai English. Haha. Yelah aku cuba co-op la. Siap ada kamus dan digelar kamus bergerak. Kalau tengok TV cerita onputih tak faham pun aku rujuk kamus. Kalah buku2 English aku pun penuh juga aku tulis translation dia sebab aku nak faham. Jadi bila Aqlan berusaha macam ni which is 200% lebih baik dari aku. Memandangkan juga abahnya memang speaking cair..dan opah serta Mummy dia pun speaking. Ibu dia ni jugakla speaking selalu sebutan lain. Haha.

Hadiah birthday 2 tahun dari Cik Pa dia. Dah nak lunyai baru ibu nak upload. Hehe.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.