tengahari tadi aku call Mak ada kat Koyan. katanya nak pergi merayap lepas tu. katanya lagi dia dah tua umur dah 70 lebih, but aku cakap, walaupun Mak dah 77 tapi Mak masih kuat berjalan.
Mak juga kata anak saudaranya iaitu sepupu aku, Baha anak Mak Ana dah meninggal dunia. Mak Ana pulak keluar masuk hospital.
syukur pada Allah kerana Mak masih bersama kami hingga ke hari ini..melihat keluarganya yang makin membesar dengan 11 anak, 11 menantu, 51 cucu dan 11 cicit, 2 cicit otw.
Mak selalu nak masak special bila birthday anak2 je, bila birthday Mak sendiri, Mak buat tak tahu. Mak suka makan masakan anak2..katanya masakan sendiri dah tak lalu makan. aku pun ajak Mak tinggal dengan aku sekali sekala..boleh aku masak sedap untuk Mak. tapi Mak menolak.
aku rindukan karipap Mak..Mak dah tak larat buat kot. dulu2 Mak call suruh datang makan aku sibuk dengan kerja dan kehidupan kononnya...aku tak suka jammed ke arah Kota. tapi bukan selalu aku tolak ajakan Mak. kadang2 je bila aku rasa penat. sekarang aku free tapi Mak dah tak kuasa nak masak.
pada sesiapa yang masih ada Mak dan Mak kau tengah rindu dan ajak kau datang makan, baik kau pergi sebelum menyesal.
aku sebenarnya bersyukur sebab tak pernah minta Mak jaga anak aku. biarlah Mak berehat. puas dah melayan karenah cucu2nya. aku dulu pun lambat kawen, puas dah Mak jaga aku.
Syukur alhamdulillah..walaupon dh berusia..tp masih sihat tubuh bdan..syukur sgt kan..
BalasPadamSama la mcm mama lya.. dh berusia lbh drp ank saudara n ada kwn2 seuisa mama lya dh sakit teruk n meninggal jugak.. ada y dh nyanyuk..syukur alhamdulillah..mama masih kuat n sihat..cuma sakit2 skit biasalah..dh berusia kan..
banyak2la kita berdoa sendiri tak nyanyuk kan..
Padam