Khamis, 17 November 2016

Mencari Kain Ela Murah Dengan Mertua ...Dari Kamdar Ke Gulatis Kajang

Mak mertua nak tempah baju dengan tailor yang aku hantar sebelum ni, RackZone. Tapi dia tak mahu beli kain mahal2 sebab nak try test dulu. Aku ok je sebab result baju aku cantik je buatannya. Hihi.

Maka kami pun ke Kajang. Mula2 nak ke Jakel Shah Alam tak jadi.. so ke Kamdar jelah..senang... datang2 terus park depan kedai.

Puas kami pusing2 cari kain yang sesuai. Bila tanya seorang pekerja yang macam Bangla ni dia cakap dia baru tak tahu sangat. Aku pulak mintak nak tengok kain polyblend. Hehe.

So end up aku jelah beli kain untuk lining. Ada kain pasang sari India dan broked sutera Cina. Ni semua kain2 yang dibeli suami zaman dia bekerja di luar negara. Masa tu beli je...tapi nak bagi isteri yang tak tahu siapa calon. Haha..pandang jauh sangat ya.

Sebab tak breakfast dan lapar aku ni...suami bawa pergi kami semua makan dulu.

Kemudian kami ke Manjaku jap..tapi tak jadi sebab panas sangat nak parking terus suami bawak me Gulatis. Terus ke tingkat atas. Takde orang jadi staf layan kami lah. Kekeke. Aku rimas tak juga sebab staf tak macam kat Jakel tu...ke hulur ke hilir membontot sampai tak sempat nak feeling2 ko. Kena paksa rela je..i tak suka. Yang kat sini bila kami bagi tahu nak beli kain murah2 je sebab nak test baju...terus dibawanya pergi.

Sebelum tu mama dah cakap nak Korean Silk. Sekali..sepasang dah nak RM200. Mama ni memang semua baju2 dia elok..kain bagus. Tapi kali ni dia nak try test dia nak kain murah je...so kami pun ke bahagian kain sepasang RM78..2 pasang RM150. 4 pasang RM200. Terus aku kata ok gak tu..sebab kainnya elok jugak. Yang penting takyah iron. Aku kan malas. So tak pasal2 aku share beli kain dengan mama. Padahal aku takde hati pun sebelum ni..perempuan kan..pantang diskaun..terus..

Sesudah pilih kain..nak pilih shawl ke? Memang tidak...nanti...

Kemudian terus je balik tak jadi nak ke RackZone sebab aircond kereta dah buat hal..cuaca pun sangat panas..kami dah berpeluh2. Tapi aku tetap boleh tertidur dalam kereta sebab mengantuk sangat...haha..

Kain sari India. Beli kain lining kaler ijoooo..

Kain sutera broked China lining beli pink..lantak asalkan tak gatal badan aku.

Ni another kain batik sutera Terengganu yang beli bulan 5 lepas. Buat baju belum juga..

Ni lah kain beli kat Gulatis. Laki cakap yang bunga sakura tu jadi baju raya tahun depan. Aku bayar sehelai je..yang lagi sehelai tu mak mertua belanja..hehe.

Aku rindu juga nak shopping dengan mak aku macam zaman aku bujang dulu...mak aku lagi kuat berjalan dari mama..2 minggu sekali mesti dah jalan2 ke rumah adik beradik aku yang lain. Haha..kalau nak bawak mak jalan2 kena buat appointment dulu...

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.