Pagi2 je pun dah ke LRT untuk turun ke Cheras.
Sampai Cheras, Reen ambil terus ke Ampang pulak nak ambik Ann.
Dah jumpa 3 orang ni kereta punyalah bising dengan suara2 kami bertingkah itu ini. Ngutuk maki depan2. Sebabnya masa dah lari sikit. Haha.
Weii aku siap paling awal tau tak...walaupun semalam aku tidur jam 3 pagi.
Terus ke TTDI sebab nak brunch di Dotty's. Nasibla terus dapat seat. Siapa pernah pergi tahu jelah tempat ni sampai orang queue kat luar panjang2.
Kitorang dapat duduk high seat. Bila lagi nak merasa kalau bawa anak memang tak boleh duduk high seat.
Aku orden egg ben je. Sebab aku lapar gila. Baik makan telur sudah. Haha. Diorang makan donut. Maaflah aku tak boleh makan donut Dotty's dah sejak kali pertama try.
Macam tahu2 ada kegemaran aku Salted Caramel Latte. Pergh sedap gila!
Tapi egg ben aku lambat sampai. Siap aku tanya manager. Lepas beberapa minit dan dan tu sampai. Ha la aku punya lapar tak tahulah nak cakap. Tu pun nasib aku dah minum air kosong masa tunggu Reen di LRT tadi.
Kecewa sikit sebab egg ben hanyalah egg ben semata2. Takde salad...takle lawan Melur & Thyme dan apa lagi The Coffee Bean & Tea Leaf.
Kitorang duduk borak cakap kuat sikit sebab muzik latar agak kuat. Orang ramai dan semua borak cakap kuat2. Aku rasa macam kat pasar lak. Tengah pot pet2 tiba2 lagi kuat nyanyian Happy Birthday bergema. Kami 3 orang bagi sokongan tepuk tangan. Siapa yang sambut tu aku tak tahulah sebab aku punya pandangan ke arah dapur dan bilik bancuh doh. Asyik gak aku layan staff pukul telur ke krim guna tangan. Belakang nampak mesin bancuh doh donut.
Salted caramel latte |
Latte |
Egg ben....😯 |
Jam 12 lebih baru kami keluar. Pergi Neelofa kejap sebab dah dekat. Kan ada sale...tapi ramainya orang beratur nak bayar. Malas ah kami pun keluar.
Terus shoot ke 1 Utama pulak sebab Reen cakap dah 5 tahun tak pergi. Alahai...
Elok parking kat Hotel 1 World, baru nak buka pin tudung nak solat zuhur kat surau basement tu ada lah pengumuman suruh keluar dari bangunan..ini bukan fire drill dah. Ni real!!! Hari Ahad kot. Apa lagi cepat2 bayar parking cabut keluar. Lift semuat tak function dah dan kami turun tangga 2 tingkat. Yang baru masuk berpusu2..yang keluar kelam kabut juga. Chaos kejap.
Keluar dari building je dah lega. Akhirnya kami solat Zuhur di TTDI. Siap teguk teh tarik share 3 orang. Sedap sangat. Nak minum banyak2 agakla kan. Ada juga nasi goreng. Tapi tak ambil. Ada orang lain lebih perlu. Kami minum sebab terlalu haus.
Lepas tu dah tak tahu nak pergi mana. Blur2.
Last2 aku cadangkan ke AEON Piazza di Shah Alam. Sebab diorang tak pernah pergi. Waze sampai nak habis bateri hp Ann.
Sampai2 haus sangat depa minum coke. Aku lak minum teh o ais laici. Nak makan tak lapar lagi. Reen je makan bihun.
Pastu jalan2 dalam mall dan bosan keluar balik.
Nak makan cendol durian tepi jalan pun dah terlepas... sebabnya..
Reen beli car charger kat sana tadi. Bila masuk kereta nak caj tak boleh guna langsung. Dia pun dah mula2 marah aku. Haha sebab aku cadangkan belilah asyik hp mati dan dia memang takde car charger langsung. Sekali tak boleh guna. Aku ingat kereta dialah problem.
Dah marah2 beli charger mahal sampai terlepas simpang cendol sampailah ke Petronas. Dia pump minyak kami pi solat.
Lepas tu nak cari Starbucks nak caj hp. Masing2 punya hp dah nazak tahap meninggal sikit lagi.
Masuk arah ke Puchong pergi Main Place. Hahahaha.
Lepas tu masuk Starbucks. Ahhhhh banyaknya orang datang caj dengan tumpang wifi Starbucks tapi minum air apa je..hahaha. sebab code wifi dapat bila beli sesuatu je. Tapi depa ni nak lepak like forever. Please la...
Aku order coklat ais dan kek lemon. Aku dan kek berpisah tiada.
Sempat ke Jaya Grocer tapau makanan untuk laki dan anak. Sendiri tak beli sebab fikir takpelah aku dah belanja makan banyak..balik makan roti Gardenia cukup.
Reen hantar balik sampai rumah.. haha..tu pun siap gaduh2 haha. Tapi lepas tu kami peluk2 balik sebab nak jumpa balik tak tahu bila..Ann pun dia tak bagi naik LRT sebab dia perlukan co Pilot bawak dia balik ke rumah dia semula. Kah kah. Lawaklah.
Aku memang tak larat sangat. Nak baring terus lepas Isyak. Bagi Aqlan makan dan teman dia main2.
seronk ye dpt lepak dgn geng rapat,1 cawan share 3org..alolo sweet sgt hahha bolh cam tak lipstik sape tu?
BalasPadamDNA melekat taknak mengaku siapa punya lipstik..Ann kot...haha sebab kita pakai kaler tanah haha.
Padamsdpnya tgk menu..best dpt jumpa...
BalasPadamJumpa yang penting tempat lepak tu. boleh lama2..
PadamNampak sedap dan menyelerakan.. Nyum nyumm.
BalasPadamhttp://www.reenri.com
sila2 pergi..rasa sendiri..
Padamegg ben @coffe bean mmg melawan perangaii dia!!! saya kalu pekena egg ben dia..leecheen 1 pinggan..tak tinggal sisa apapun! padahal...salad2 tu rajin je menolak.. mebi sbb dressing dia less..but it feel more! gimme 5 kita pun pencinta egg ben!
BalasPadamLove egg ben to the moon to the earth haha..✋
Padam