Ahad, 20 November 2016

Sambut Birthday Serentak Untuk Dua Orang Yang Aku Sayang Sampai Bila2

Hari ni kami keluar awal..lepas zuhur...makan kat Nandos Sunway Giza. Nak makan tempat lain sebenarnya tak jumpa..dah ke situ jelah.

Lepas tu nak cari kedai kek untuk surprise mak. Mak punya birthday 24hb November hari Khamis ni..mak pulak nak balik Koyan Selasa ni. Buat awal la..

Tak jumpa kedai kek kami ke Giant Kota Damansara. Aku masuk cari kedai kek kot2 ada . Dah nampak JCo Donut aku pun terus masukla..amik 24 donut bite size dan 6 normal size kenalah RM35.

Elok je parking kat area rumah Abang Lut, nampak kak Dewi pun baru sampai. Hehe. Rezekilah..

Elok masuk rumah kak Dewi nak masak Koay Teow dan goreng keropok. Kepala tong gas pulak rosak...abang lut yang baru keluar tadi mak suruh balik. Kami semua dah cuba sebenarnya tapi tak jalan. Bentuk kepala untuk saluran gas tu pelik.

Kami ni kepanasan sebab aircond kereta rosak. Jadi aku sampai2 masuk je dah cabut tudung. Haha..panas lit lit.

Jadi kami makan donut dulu. Pastu abang lut ada beli kuih muih lupa nak snap dah kena kerumun dulu. Lepas tu makan aiskrim. Haha.

Jam 6 baru dapat makan koay teow goreng kak dewi dan keropok udang. Yums.. lepas tu mak ada tunjuk barang2 aku satu bekas. Malasnya nak angkut balik. Mana nak letak..ermmm... barang2 zaman sekolah sampai universiti. Banyak noooo..


semoga panjang umur dan diberkati baki umur; Kak Dewi 55, Mak 77.










Sampai rumah anakku menangis sampai muntah makanan yang dimakan tadi. Sebabnya kena angkut masuk rumah masa tengah syok tidur. Aku pulak pergi angkat kain dia ingat aku nak tinggalkan dia..itu pasal menangis macam ke hapa...

Lepas settle mandikan anak terus minum Vanilla Coke. Motifnya aku kepanasan, mengantuk dan penat. Haha.

2 ulasan:

  1. selamat ulang tahun mak, semoga diberi kesihatan yg baik..
    mak tok mkn ke donut manis2 tu, hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. makanla dua tiga ketul..yang lain dimakan anak, cucu & cicit.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.