Sabtu, 12 November 2016

Resipi Hilangkan Kotoran Degil Pada Peti Ais Menggunakan Bahan2 Dari Dapur

Kalau weekend bila laki ada kat rumah boleh tolong tengok tengokkan anak, jadi perasaan nak mengemas dan menggosok tu lebih rajin. Sebab anak ni mana2 pun nak ikut je. Yang kita ni kadang2 menggunakan bahan2 yang berbahaya yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kalau tersilap langkah.

Aku kali ni nak cuci peti ais. Kat pintu dia especially. Geram je aku tengok. Ni peti ais lama. Jenama ni pun dah takde kat pasaran. Kuat makan letrik. Agaknya takde CFC. Tapi nak buang sayang, sebab ia sangat berkuasa berbanding peti ais aku. Kau letak air kosong kat bahagian sejuk beku paling atas tu dalam tempoh kurang sejam air botol dah jadi ais keras. Hehe.

Ok bahan2nya mudah saja..


  1. Soda bikarbonat 
  2. Garam
  3. Limau kasturi
  4. Air panas


Aku guna kain ni je. Sebab kesat.

Semasa air masih panas cepat2 gosok pada permukaan peti ais. Sebab bila dah sejuk..kotoran degil lambat hilang. Tapi hati2 jangan sampai jari2 tu melecur pulak..

Bila air dah sejuk aku pun berhenti buat. Haha. Sebab agak kurang efektif dah.

Yang hitam tu dah berkarat memang tak jalan la guna resipi ni




Tapi memang tak sangka menjadi guna bahan2 tu. Ada je lemon kalau nak guna. Tapi aku saja nak guna limau kasturi memandangkan dah kuning sangat. Daripada buang baik aku guna cuci permukaan peti ais dan kaunter kabinet. Lemon tu simpan buat minum lagi sedap.

Pasal fridge magnet tu dah lebih 10 tahun melekat jadi dia agak payah dihilangkan. Tu semua FM laki punya zaman2 dia mengembara dunia dan ada juga yang diberikan kawan2..termasuk aku waktu zaman belum kahwin. Kekeke..dah kahwin tak kuasa dah nak beli..haha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.