Isnin, 26 Jun 2017

2 Syawal 1438H Kami Ke Spritzer EcoPark

Kami ke Spritzer EcoPark ni secara tiba2 je. Takde plan pun. Kami balik ke Taiping untuk ziarah rumah kakak Mama. Tapi sebelum sampai tu akan lalu Air Kuning jadi nampakla Spritzer EcoPark tu. Tu yang pergi..hehe..

Spritzer EcoPark ni memang terletak di Air Kuning. Ramai kot minum air mineral Spritzer tapi tak pernah sampai ke sini kannn.. termasuklah kami..haha. Padahal memang setiap tahun kot balik Taiping.


Kami sampai je banyak betul signage berhati2. Biasa nampak signage speedbump. Ni nampak turtle, fox dan macam2 haiwan lagi. Berialah tangkap gambar kan..dah hujung2 baru sedar tu sekadar hiasan je. Haha..














Kat sini ada mini golf, cactus rock dan love lock. Juga ada kedai air boleh beli cenderamata  dan lawatan kilang. Ada juga kafe boleh layan la pemandangan tu. Dan masa sampai dan masuk tu nampaknya kami je bangsa Melayu yang beraya dalam tu. Hahaha.



Baju buatan sendiri. Tambah renda sebab tak cukup panjang. Haha.













So kami banyak buat photoshoot je.. hehe..tengah2 jalan hujan turun pulak. Tak sempat laki nak main golf. Kami pun lari laju2 duduk bawah kaki lima berbumbung dan makan aiskrim. Kemudian baru bertolak ke rumah makcik.

Sampai rumah makcik, sampai juga satu lagi ahli keluarga. Kami pun makan ramai2. Haha lapar pun satu. Pagi tadi aku makan mee kari je.

Namanya Aryan. Cicit makcik.



Habis ziarah kami ke Enggor. Ke Victoria Bridge. Tapi aku tak keluar. Duduk dalam kereta je. Masa tu dah jam 7 lebih. Tak suka nak bawak Aqlan keluar. Lagi2 tempat macam tu.



Balik rumah jemput mama untuk bawa ke AEON Klebang nak beli iron auto off katanya. Haaa Mama tak ikut kami pergi Taiping tadi sebab ada perjumpaan ahli keluarga suaminya di Kuala Kangsar. Kami ni extended family je...lagipun kami perlu ziarah wan Nyah tu a.k.a kakak Mama di Taiping tadi.

Dah beli2 nak makan dah tak sempat kedai2 makan dah nak tutup. Maka kami pergi beli KFC drive thru je. Kena tunggu 30 minit kau. Punyalah ramai pelanggan. Apa semua dah muak makan rendang ke? Hehe. Sampai kat rumah makan panas2. Sedap betul 3 ketul bantai ayam spicy.

2 ulasan:

  1. laaa Spritzer Ecopark tu ada macam2 ni ke ? ngeh2 selama dok lalu dok nampak signage tak penah terlintas ada taman khas untuk Spritzer hehe..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.