Isnin, 19 Jun 2017

Kisah Ramadhan 1438H Hari Ke 24

Balik dari shopping semalam pancit juga kan...sahur makan lebihan pizza semalam je. Memang tak kuasa nak sahur banyak2 dah. Amik keberkatan sahur tu.

Jadi kerja mendobi sambil menjahit baju. ada 3 helai baju nak disiapkan. Harap2 sempat. Tulah buat lagi last minit, kain pun baru je beli lagi..gatal tangan betul.

Juga buat sesi menyedang baju anak bujang. Beberapa helai baju yang dah disimpan lama akibat besar sangat nak pakai dah boleh pakai tahun ni. ahhh lega... Semua settled kecuali songkok tapi tak penting sangat. Ada je kopiah kait lembik2 tu. Aqlan pun asyik pakai kasut baru turun naik. hari2 tanpa jemu. Jangan jemu pulak nak pakai bila raya...

Aku jahit baju Melayu pink belacan dan Kurta biru cair tu je. Yang lain2 belilah...ada juga pemberian mummy Aqlan a.k.a. adik ipar.  Baju #AWESOME tu kan dari J-Baby AEON je. Tapi kain dia sedap dan cantik2lah.Yang lain2 ada yang aku beli ketika masih kerja, dan ada juga abah dia belikan. Aqlan ni suka prints, tak suka kosong2 sangat.


Berbuka pun ringkas je sebab nak habiskan lauk dalam freezer. So goreng ayam dan rebus telur asin je. Sayur pun kobis cina masak dengan sos sotong. Satu rumah bau.

Malam pergi jalan2 cari kopi. Try kopi terbaru Starbucks, mata terbeliak jelah. Memang sedap dan harga pun dah nak cecah RM20, makin mahal kan.. tapi sekali sekala nak rasa juga.

2 ulasan:

  1. ya allah sekarang dia pnya liat nak bersahur!!!! buh la kambennn terkangkang sekoq pun mmg pandang sipi2 jaaaa.. tdoq syok lagiiii..huaaa.. lagi 4 ari nak bersahur ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangun juga sebab laki suka kejut, temankanla sambil makan sikit2 je kan..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.