Sabtu, 10 Jun 2017

Berbuka Di Ipoh

Lepas Zuhur kami balik Ipoh. Untuk 2 malam la..

Elok kami sampai jam 5 camtu.. rehat2 je..Mama dah siap masakkan dalca daging.

Lepas buka puasa semua, kami bertiga keluar cari makanan untuk Aqlan sebab dia tak mahu makan nasi lauk dalca tu. Jadi kami ke sebuah restoran seafood. Aku minum air carrot susu, laki minum tembikai laici dan bandung. Aqlan je makan bihun Singapura dengan telur dadar. Semua sekali RM14 dan beberapa sen..sedap dan murah..kami dah kembung perut memang tak boleh makan, just rasa sikit makanan Aqlan tu.





Balik rumah aku layan Xmen Apocalypse tapi dah separuh..tapi sebab suka..tengok juga sampai habis.

2 ulasan:

  1. tembikai laici dan bandung tu minuman apa. Air tembikai campur laici kemudian campur sirap bandung ke?

    BalasPadam
  2. 2 jenis air berlainan. Satu jus tembikai diletak buah laici. Satu lagi air bandung tu sirap campur susu la...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.