Hari ni pack barang. Baju2 dalam bakul kasi basuh semua. Dah kering memang bercinta nak lipat tu. Tapi kena lipat juga. Kena fikir kang balik dari kampung lagi menimbun nak kena lipat.
Sahur pagi tadi makan roti dengan scramble egg je. Laki pulak diserang gout. Sudahnya tak dapat pergi ofis. Pergi solat Jumaat jelah. Tu pun jalannya hencot2. Sian pulak bila memikirkan nak bawak kereta balik kampung esok.
Baju2 pun dah di iron siap2. Baju raya jelah untuk 2 hari. Tudung memang taklah..sebabnya malas pulak nak kelam kabut esoknya kat kampung dengan nak iron baju untuk 3 orang. Nak kena bertudung lagi kan. Jadi baik iron terus mana mampu.
Lepas berbuka minum seteguk air kami keluar makan. Pergi area TTDI nun. Ke Mohd Chan je. Makan2 dah harga sama dengan Group Best tu. Padahal makan nasi goreng seafood, nasi daging black pepper, koay teow 2 jenis, dimsum....air bunga 3 dan longan 1...tak sebanyak makan semasa di Group Best sampai tapau bawak balik rumah katanya. Oh mahal mahal..
Lepas tu cam adik ipar nak tengok tudung lopa. Aku pun ajak pergi area TTDI jelah..tapi katanya dah tutup start hari ni cuti. So aku punya otak ajak pergi The Labels la. Bukan main lama dah nak pergi...tengok IG kata tutup jam 10 malam..sempatlah kami sampai jam 9.22 malam gitew.
Aku nak beli lipquid Lord Cosmetics tu. Hari2 tengok IG mahu menahan perasaan. Dari nak beli tu je...dah terbeli benda2 lain jugak. Beli perfume la.. lord plumper la untuk bibir mungil dan lip balm. Kemain kan.. dah beli2 jangan tak bawak balik pulak macam kisah raya tahun lepas. Satu beg mekap tertinggal. Raya memang muka natural beauty gitu.
Dah cuba2 tu cantik pulak kan.. owner The Labels, Diana pulak sangat peramah dan membantu. Laki bini bagus!! Ni yang aku pantang pergi kedai owner camni. Mesra sangat..terkopak duit mak..
Balik sambung kemas baju sampai siap. Haaa lega...
Sambil2...
Malas dah beli lipbalm dalam bentuk paste. Nak sentuh2 dengan jari.. eee tak suka.. |
Siaplah bibir mungil! |
Dah masuk raya pun boleh sopnik lagi.
BalasPadamKadang2 harga runtuh
betul, penjual bermurah hati.
PadamSekarang seronok shopping dekat hujung Ramadhan.. sebelum shopping biasanya saya akan buat shopping list takut over budget, hehehe
BalasPadamSelamat Hari Raya diucapkan kepada Anis sekeluarga..
Selamat hari raya kepada LZ juga..
Padam