Khamis, 29 Jun 2017

Terima Kunjungan Ahli Keluarga Abang Sulung

Raya ke-5 kan ingat nak rehat2 je kat rumah sebab kepenatan beraya di Ipoh. Tapi sebab abang Choy iaitu abang sulung aku dah mesej semalam kata nak datang, jadi aku bersedia jelah.

Dah ada idea nak masak jadi sebelum laki balik dari pasar aku kemas2 rumah mana yang patut jelah. Nak panggil helper yang sama tu dia busy pula banyak rumah nak kena kemas hari ni. Nasiblah adik ipar dah mopkan rumah siap2 Selasa lepas. Aku just bersihkan sikit2 je.

Aku mula dengan buat kastard dulu..ala2 MKR sangat. Settlekan dessert baru buat main menu. Entree aku fikir diorang makan kuih raya sudah. Hehe.

Siap buat kastard beserta kuah, cuci pinggan mangkuk dulu. Lepas asar baru start masak main menu. Jam 7.40 naik bilik nak mandi solat maghrib semua. Lepas tu turun balik untuk masukkan dalam mangkuk2 hidangan. Elok je kami hidang, abang aku call. Dah depan rumah. Alahai debar ke? Haha sebab ni first time abang aku datang rumah dan first time aku masak untuk dia. Hahaha...masa masak2 tadi ada juga unsur2 emosi..tak memasal laki kena. Sian laki.. kena mintak ampun nanti.

Masuk2 je aku tengok eh eh ramai pulak ni..semalam kata 5 orang je. Aku bukan masak banyak sangat sebab aku masak sorang2 dan periuk nasi aku kecik. Hahaha. Risau pulak tak cukup. Tapi diam jelah. Pulak tu aku dan adik ipar dah makan siap2 dulu. Aku dah gigil terpaksa makan. Adik ipar balik kerja terus rasa lapar bila tengok ayam. Haha.



Alhamdulillah kemain berselera abang aku makan. Siap bertambah. Anak2 dia pun sama. Tapi buka semua yang datang. Ada lagi 5 orang tak ikut. Tambah lagi 5 tu..memang ada yang sinsing lengan baju sambung masak.



Borak punya borak..jam 9.30 malam diorang nak gerak. Tapi dah nak gerak biasalah nak bergambar pulak. Dah keluar rumah semua, yang si Aqlan sibuk nak naik kereta jugak. Sudahnya lepas diorang semua dah bertolak, budak tu pun naik kereta dengan abah dia round2 kejap.. haa laa..pastu dapat mesej gambar dah tidur. Kekekeke.. dia pun syok sepupu2 datang.



Penat memang penat. Tapi syukur sangat2 dapat layan keluarga abang Choy. Masa makan tadi dia pun gelak2 je masa laki bagitahu aku masak sendiri. Jelatah je laki buat. Aku ni adik bongsu perempuan dia memanglah masa muda remaja... bekerja... semua harap mak dan kakak2 masak. Sekarang...... masaklah.

Siapa nak datang rumah memang kena bagitahu, at least aku boleh sediakan makanan...yang biasa aku masakla..tak bagitahu nak terjah je...dapatlah makan kerepek dan biskut yang semuanya tunjuk2 dengan jari je. Hehehehe.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.