Khamis, 15 Jun 2017

,

Ramadhan 1438H Hari #20

Bangun sahur hari ni disertai Aqlan. Tak pernah2 dia bangun boleh pulak dia datang nak nyendeng. Tapi bukan makan cuma nak ikut mana2 kita pergi. Alahai anakkk...kalau boleh 24 jam nak duduk sebelah menyebelah.

Baja pokok. Dah lebih 3 minggu. Patut baja Ahad lepas. Takpelah tukar pasu terus. Susun elok2 atas meja bulat tepi sofa. Dah besar kita masukkan dalam pasu lebih besar dan letak kat bilik. Masa ni nak ternak dulu. Haha.

Kemudian potong kain. Aduh aku sangat suka potong kain....... buat kurta raya untuk laki. Aku rasa sangat senang nak buat berbanding baju melayu cekak musang. Baju lelaki ni special. Jahitan tepi 2x. Tak caya korang tengok. Bukan kelim tau. Dah jahit dalam kat luar dia tekan lagi bagi lebih tahan lasak.

Aku punya sendiri belum potong tapi sibuk la dok google mana2 baju yang menarik untuk ditiru potongannya. Yang ringkas2 je. Tak reti sangat yang beropol ke apa pelik2 tu. Ada hati juga nak buat kebaya Riau. Hihi.

Jam 6.05 petang kami ke Dewan Sri Iskandar di Setiawangsa. Ada iftar makan2 dengan kawan2 zaman volunteer di Petrosains sejak 16 tahun lepas.

Buffet ni dimasak oleh Chef Yang Jamil. Seorang dewasa kena RM24.50 je. Makanan semua sedap2. Tapi aku tak makan banyak. Banyak minum air dan borak2. Maklumlah tak jumpa lebih 10 tahun pun ada...






Lepas jumpa muah2 semua kami fikir nak jumpa lagi..maklum tak puas..cerita pun habis sebab masa singkat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.