Saturday, June 24, 2017

Kisah Ramadhan 1438H #29

Hari terakhir tahun ni berpuasa bulan Ramadhan. Sahur tahap minum Neslo je. Aqlan bangun jugak. Kenalah tidurkan dia balik. Lepas tu ada agenda dengan adik ipar ke Sunway.

Jam 10 pagi kat dalam Sunway! Whoahhhhh...kurang sangat orang dan parking banyak lagi. Macam2 kedai kami masuk dan keluar. Seronok sebab takde orang jadi lapang je takde la langgar2 bahu ke..

Aku yang penting misi nak pergi farmasi. Satu cari barang sendiri, barang anak dan barang laki. Masuk Watsons dan Caring. Untunglah tak bawak kad Watsons pun still boleh collect point dengan bagitahu nombor telefon yang didaftarkan je.. kat Caring pakai Bonuslink. Beli Sebamed Bath untuk Aqlan, tisu poket serta ubat pain killer laki. Kat Watsons tu beli air cuci lens. Angan mak dah cakap dengan laki nak pakai contact lenses di pagi raya. Selain tu beli tin..hehe takle contain tengok tin la. Kena beli jugak. Juga cari shaver. Wah macam2 kan..nasib tak beli barang mekap..

Dah tu haruslah ke kedai optik beli contact lenses. Esok reveal color la. Beli 2 kotak free 1 jadi share dengan adik ipar. Sebab mata aku lain2 power jadi aku kena 2 kotak.

Elok balik rumah cek ada lagi pencuci lenses lama tapi memang belum buka dan tak expired lagi. Takpelah...

Masak fish nugget lagi untuk Aqlan sebelum bertolak ke Ipoh. Aku start ngantuk dah...

Macam2 berlaku atas jalan... yang kereta rosak line memotong. Yang guna lorong kecemasan. Kereta ekzos berasap banyak cam seram pun ada bila tengok..takde eksiden tapi kereta rosak memang ada beberapa biji. Oh sebelum bertolak kami semoatke bengkel kereta lagi cek tayar sebab laki kata dah lembik tayar padahal last week baru pump angin. So memang ada problem. Fixed it. Kena RM15.


Sebab kami tak solat Asar kami masuk Sungkai cari masjid. R&R penuh sangat. Jumpa masjid di Bidor, solat pastu masuk balik Plus. Hujan pun start turun. Oh kami siap2 beli air tin kat masjid ada vending machine. Kot2 tak sempat sampai Ipoh. Memang pun..berbuka dalam kereta area Chenderiang. Kemudian baru sedar tak bawak berus gigi..wawawawa..

Sampai Ipoh pergi Guardian terus beli la...pastu baru balik rumah mertua dan makan nasi dengan rendang paru. Aqlan boleh pulak makan nasi kosong dengan ayam goreng...alhamdulillah.

Settle semua kami ke Starbucks. Hehe..mak mertua nak minum hot choc. Dia kata kalau bawak pergi McD baik dia balik rumah semula..hamboiii....hehehe..


Balik rumah semua dah penat. Lega aku dah iron baju siap2. Tinggal tudung nak pakai esok je. Walaupun tak drive tapi penat juga.
Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

  1. Pertama kali saya tau ada vending machine kat masjid.
    Best.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya bagus, sebab bila haus je ada air. tapi kena sediakan duit.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.