Jumaat, 16 Jun 2017

#21 Ramadhan 1438H

Sahur makan burger. Makan burger sebab dah tak masak kan semalam pergi berbuka puasa di luar. Tengok whatsapp dah ada new group. Hehe..kawan2 Petrosains dulu2 la ni add.

Hari ni masak sup ekor dan puding kastard buah-buahan dalam tin. Sup campak2 je sebab dah repeat je. Puding kastard tengok resipi la.

Kemudian dah siap masak jam 5 petang penatnya sangat2. Nak berbaring je. Tapi sempat tidur sampai jam 7 ko..


Baru masak je ni terus masuk ice box. Kasi keras dulu pastu makan dengan sos dia nanti.

Lepas berbuka puasa memang amat2 mengantuk..elok nak masuk isyak boleh lelap. Yang laki pun sama pengsan sebab dia balik kerja jem teruk katanya. Jam 11 malam baru bangun solat. Lepas solat boleh sambung tidur balik aku ni.. memang tak mampu nak turun kemas2 macam biasa la. Mengantuknya melampau.

Sempat tengok whatsapp sebelum lelap dapat cucu saudara lelaki. Cucu ke-14. Dilahirkan jam 6.51 petang..takdan mak dia nak habiskan puasa. Takpelah nak ganti puasa nanti tak nangis sangat.

Adik ipar ajak pergi Starbucks. Dia cakap masa buka puasa tadi.. erm memang taklah..dia pun pengsan sekali. Haha.

Bila tengok pokok tenang sikit sebab hijau je kan.

Orang lain dah tanam lama, aku baru berjinak2.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.