Pagi sahur makan roti dan telur tangkup letak sos tomato. Ngap2. Bangun pulak budak Aqlan ni... sampai ke jam 9 lebih kot baru dia tidur balik... sepanjang tempoh tu aku ngantuk tapi tak dapat tidur. Elok anak tidur, aku dan adik ipar keluar sambung shopping. Dia pun nak kena amik baju tempahan di area Sogo. Elok.
Kami berpisah lepas parking di KWSP. Aku ke Sogo dia amik baju. Aku terus ke tingkat 4 untuk cari seluar Aqlan. Misi utama.. misi lain biasa akan terjadi jugak.. manusia sepenuh2nya. Kira jalan langgar bahu aje. Aku cari seluar paling murah. Haha... maksud aku yang bagi sale paling berbaloi dari segi kualiti. Aku memang camtu.
Jumpa sweat pants Miki Kids pun dah ok. Settle 5 helai terus. Sehelai jatuh RM19 dari RM39. Lagi sehelai belikan dia seluar slack biasa. Ok cukuplah barang Aqlan. Dia banyak baju beli terbesar tak boleh dipakai masa umur dia 2 tahun jadi proceed tahun ni. Juga ada baju2 yang dibeli makcik dan opah dia pun besar2 sebab diorang tak tahu saiz. So lama2 baju dia yang belum pakai makin banyak. Bagus. Jimat. Hehe. Sebab aku je yang memang suka beli ngam2 sejak dah terbeli yang saiz besar2. Kalau brand Europe umur 2 tahun dia masih boleh pakai. So kalau dibeli untuk umur 3 tahun memang gobosh.
Kemudian aku turun ke tingkat 3.. patut aku cari lip balm tapi aku nampak Uniqlo. Kenapa kau ada kat sini? Memang aku masuk je. Dan adik ipar pun dah sibuk2 try pakaian..sabar je. Sudahnya ada juga satu bawak keluar. Tiba2 adik ipar kata dia kena pergi balik kedai baju yang dia tempah untuk ambil balik baju yang perlu alteration semula. Sebab bila dicuba mula2 sampai saiz dah lain. So okay aku masuk Terranova. Hurmmmm keluar 2 pakaian. Dah bayar nampak pulak Poplook. Aku jalan sekali je tengok2 banyak pakaian tu dah berbulu2..ada juga kesan gincu? Tolonglah bertanggungjawab kalau nak cuba baju tu jangan sampai mekap korang lekat. Tak hygiene dan tak patut ok.
Turun aku nampak beg2 pulak. Oh Sogo! Why???? Tapi sebab aku dah bagitahu laki aku nak sepersalinan...maka aku pun belilah beg. Maka lengkaplah. Terus balik ke kereta sebab nak ke MyTown pulak.
Budak ni tinggal dengan abah dia kat rumah. Jalan2 naik keta pun nak bawak Lego. Nangis kalau terpijak. |
Mak mertua nak rak hanger kat Ikea. Tapi kami jalan2 dalam MyTown dulu. Solat siap2..eloklah satu paip air besar aku temui.. adik ipar kena air paip yang alirannya..alahaiiiii...
Aku teman jelah dia nak ke mana2. Akhirnya kami berdua terperangkap dalam kedai Hotwind. Aku pandang sekilas lepas dia cakap eh macam kedai jual barang2 Korea. Wah aku terus masuk dan nampak beg2 cantik. Bag pack untuk laki. Tapi mahal sangatlahhh tapi cantikkkk.
Adik ipar dah ambil socks. Aku lak pusing2 area kasut. Sudahnya kami beli kasut. Tak memasal kan. Nampak gaya aku dengan dia kalau keluar kami hanya tahu menghabiskan duit masing2. Racun kuat katanya suruh beli itu ini.
RM79.90 |
RM65.90 |
Boleh jadi gila ya siapa suka prints yang macam2 jenis ada. |
To be honest hari ni aku rasa best gila shopping banyak2 menghabiskan semua pemberian laki. Aku memang banyak menahan diri dari beli tah apa2. Yang aku beli semua pun harga sale. Tapi hari ni bila balik cerita kat laki bagitahu aku dah spent semua yang dia bagi untuk shopping hari ni. Dia cuma senyum dan kata baguslah tak membazir pemberian. Maksud dia apa dia bagi well spent dan tak berbaki..Wahhhhhh... laki aku bukan jenis sarkastik dan dia memang tak perli, jadi hehe gembira rasanya hati. (Sebenarnya aku dah overspent) wak wak...duit sendiri pun dah tergadai sikit...
Asal pergi Ikea mesti beli beg. |
Masuk Ikea cari rack hanger dan kemudian balik. Konon ada hati nak pergi TTDI tapi dah tak larat. Pesan kat laki order Domino's Pizza jek. Esok jelah sambung masak balik macam biasa..
Wah sopink sakanlah ni.
BalasPadamharusss
Padamanis... best tak MyTown?? byk kedai apa situ? kedai makan byk??fentinggg tu.hahah
BalasPadamsangat best, macam segalanya ada kat situ..kedai makan tak pernah try lagi, banyak je..tapi ada Suki-Ya la...hehe
Padamlast2 minit kadang2 best tapi kadang2 stress hehe..
BalasPadamni pun ada few things x beli lagi.. huurm.. entah bila nak pergi cari..
malam raya tu kira last la cari pakaian raya, hehe..
Padam