In Makan Luar

Buka Puasa Di Ipoh Hari Kedua

Kami tetap sahur makan nasi.

Cuaca panas membahang di Ipoh. Aku lebih banyak duduk dalam bilik sebab kalau duduk luar nak kena bertudung pulak. Anak2 dan cucu2 pak mertua datang untuk memasak lemang. Memang selama ni anak bongsunya yang masak di halaman rumah untuk dibuat jualan. Tapi tahun ni dia jatuh sakit agak teruk dan tak terdaya. Namun atas pertolongan anak2 buah dan abang2nya dia buat juga. Kalau tak memang takde lemang dah tahun ni.


Lepas zuhur kami ke Ipoh Parade. I nak menuntut baju baru.. hahahaha..actually nak beli seluar raya Aqlan. Masuk Parkson. Banyak yang aku tak berkenan pun. Malas nak belikan jeans dah..semua kain keras2. Aku suka jeans kain lembut. Sian budak kepanasan.

Mula2 dah masuk settlekan barang aku yang penting dulu..ada jugak kan...kemudian keluar pergi Chicken Rice Shop untuk bagi Aqlan makan. Pastu masuk balik cari seluar dia. Masa ni dia ada mintak mainan bila nampak Lego..in the end abah dia belikan monster truck hot wheels kecik je. Jadikla supaya dia tak sedih... sedih sangat. Aku cakap kat dia mainan dah banyak sudahla..lepas tu baru senyum. Nampaknya Kinder Joy tak jalan tadi..

Kemudian ke Kamdar beli kain. Nak buat baju kurta untuk laki. Pastu aku pun sibuk beli kain untuk diri sendiri juga. Haha.. maaflah aku dan kain sangat serasi....kikikiki..



Malam kami buka puasa nasi dan rendang ayam. Lepas terawih ke Restoran Tomyam Batu Enam makan ABC, sate dan keropok lekor. Eh eh Aqlan first time cuba makan keropok lekor dan dia sangat suka...sampai Mama kena order lain pulak..




3 ABC, segelas air limau ais dan segelas segelas tembikai laici, sate ayam 10 batang dan 2 bekas keropok lekor serta 2 keping otak2..total semua RM33. Walaupun tempat ni meriah tapi suka Johan lagi kot..

Related Articles

2 comments:

  1. cantik nya kaler dan corak kain tu..
    mcm sama taste je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, patut beli sejenis dah jadi 3 jenis...kot2 terbayang2 dan menyesal.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...