17 Ramadhan dah. Cuti Nuzul Quran. Sahur pagi makan lemang dan rendag ayam. meskipun aku buka boleh makan pulut banyak2 tapi lemang buatan kakak tiri ipar ni sedap sangat weh.. makan 4 potongan je..tahan diri..lepas tu ratah rendang ayam sampai habis. macam tamak kan,,tapi semua orang pun tanak makan dah, dan kalau tak habis akan ke bakul sampah.
Jam 12 tengahari baru bertolak balik. Jalan ok je. singgah rumah mak, ada makanan mertua pesan suruh hantar ke besan dia. Kemudian ke KFC bagi budak Aqlan makan...yum yum delicious katanya. padahal makan nasi dengan nugget je. tapi nugget KFC Aqlan dah tak berapa gemar.
Lepas letak2 barang dalam rumah, laki dengan adik ipar pergi Saba'. makan nasi arab lagila. nak masak macam tak sempat je nak defrost lauk dari freezer.
Selepas solat maghrib mengantuk sangat2, lelap sekejap..berat kepala wei...kemudian bangun solat semua, kemas dapur dan tengok TV. layan MKR dan AHS: Hotel.
Bila pulak nak potong kain baju ni??
Isnin, 12 Jun 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.