Saturday, June 17, 2017

Misi Cari Barang Raya Ramadhan 1438H #22

Persiapan last minute ni walau tanak buat tapi akan buat jugak. Walau dah beli pakaian anak tapi sebab ada je lagi nak tambah maka akan jadi plan baru.

Sahur sambung sup ekor semalam. Lepas tu mata aku bulat je. Maka sempatlah aku potong kain sampai siapkan sehelai blouse! Fuiyoh tak pernah aku buat..dalam tempoh kurang 4 jam semua siap. Sudah siap, main tayang2 depan laki dan adik ipar lagi. Kurta laki juga yang tak siap. Satu rumah je... tapi sibuk naa nak suruh fitting. Biarkan dia... aku ada 2 helai lagi baju nak buat. Kekeke...maksudnya yang nak dipakai raya la kot.. yang kain2 lama tu biarlah dulu.

Lepas Zuhur kami ke Bangi. Jammed ya. Padahal nak pergi amik baju Mama kat tailor je. Sudahhhhhh...terus kami ke Mitsui pulak nak tengok Zalora pop up store..rupanya nan hado setelah habis tawaf. Dah tawaf tu sempat pulak beli sehelai kargo pants dan kasut raya kekonon.. eloklah anak dan laki tidur dalam kereta, aku dan adik ipar bertawaf penuh ya. Pun ramai orang....kena parking RM5. Pun queue punyalah panjang.

Lepas Asar di masjid KLIA terus shoot ke KLCC. Terbaik waa cakap lu...another jammed dari KLIA, MEX sampai jalan2 sibuk di depan Times Square. Maka berbukalah puasa maka biskut wafer Aqlan dalam kereta. Sadis kan.



Alang2 kami singgah Bank Islam untuk tumpang solat Maghrib. Tak kuasa nak masuk KLCC dan solat kat surau tu..rasa jammed otak bila fikir manusian di situ. Usai solat, kami masuk KLCC la. Nak pergi Isetan je..masuk Parkson juga. In the end dapat jugalah sepasang kasut untuk Aqlan. Kasut aku berkenan habis saiz. Takpelah yang aku suka tu Aqlan jalan2 juga test. Kemudian sebelum tu sempatlah dia koyak kotak Lego. Nasib. Hahaha. Nasib sebab kecil je. Tak sampai RM25. Kalau koyak harga ratusan tu? Aku okay je, abah dia la yang akan kena bertenang. Dah nak bayar boleh pulak dia mintak volcano. Dalam bentuk rubber. Wah....boleh tanggal2. Agak2 boleh padam tulisan pensil tak?

Dah kebulor tu kami ke Suraya Kg. Baru. Nak makan bubur, tukang masak cuti sebulan. Jadi makan jelah apa yang ada. Ermmm sedap...makan sampai semua nasi bertambah. Hahaha.







Aku pun dah lemau...masa dalam menempuh jammed memang aku banyak tidur. Adik ipar nak ajak ke Mood Republik, aku cakap esok jelah. Sebab dah gatal badan berlengas. Eiiiii....laki cakap esok korang pergilah berdua. Dia dengan Aqlan duduk rumah. Hehe. 😊😀😆😄

Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.