Selasa, 1 November 2016

Bukan Palsu Harga Minyak Masak Naik Mendadak, Kurangkan Pengambilan Makanan Berminyak?

Update lagi

Rupanya harga minyak masak tu yang disubsidi untuk dalam paket je. Macam tak caya rakyat Malaysia guna 40K tan sebulan tapi kerajaan subsidi lebih 80K sebulan. Disebabkan itu juga ada peniaga beli minyak paket dan tukar masuk dalam botol bagi jenama dan jual harga nak dekat 5 ringgit.

Juga kisah peniaga negara jiran beli banyak2 bawak balik negara depa sebab minyak murah.

Yang sorok minyak masak pun ada lagi ke?

Dah aku tukar tajuk lagi. Kalau nak tahu harga baru pergi web bawah ni.



 Update jam 12.27pm 

Pagi2 tadi tajuk entry lain sikit. Sebab sebaran palsu ni aku betulkanlah..

Alhamdulillah masih disedarkan dari memfitnah. Kepada yang dah terbaca pagi tadi tolongla baca balik ya dan sampaikan info yang betul. Kadang2 dah cuba tapis diri dari dengar benda2 fitnah tapi terkena juga. Nampak sangat fitnah ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. 

Entry asal jam 7.43am

Kami selalu beli minyak botol 5kg terus. Minyak yang diguna selalu jenama Saji atau Seri Murni. Tapi selalu tahan berbulan2  sebab kami jarang guna minyak untuk menggoreng. Salah satunya kami suka membakar..menggunakan skillet.

Kalau menggoreng pun selalu cucurlah yang banyak makan minyak. Ada ke orang guna minyak berkali2 sampai hitam legam minyak tu? Sampai rasa minyak yang dah berperisa tah apa2 tu bila digoreng benda lain dah rasanya out semacam.

Aku ada sistem sikitla bila nak pakai balik minyak yang masih bersih. Minyak kena tapis masuk bekas stainless steel. Kalau bekas minyak goreng ikan jangan campur dengan minyak goreng cucur.

Minyak goreng ikan pakai 2x je. Kalau goreng cucur tu 3x. Kadang tu minyak goreng cucur sebab dia masih cerah lepas guna kali pertama bolehla guna goreng ikan. Tapi kalau minyak goreng ikan bilis atau tempe...erm dah lain macam sikit. Memang nak simpan tu susah. Lagilah kalau guna kunyit minyak pun tukar warna. Macam juga kalau goreng ayam madu..memang lepas tu minyak dibuang je. Kondisi minyak tak sesuai diguna balik. Tapi kan kat kedai restoran makan tu pernah korang fikir berapa kali dia jaga kebersihan minyak?

Lepas ni harga makanan restoran confirm lah naik kan...ada kedai mungkin boleh bungkus sebab harga minyak masak naik. Habis benda lain terpalit naik sekali...

Sudahnya....eloklah masak kat rumah je..aish seram pulak fikir harga barang lain naik juga.

Berita pasal minyak masak bersubsidi banyak dibawa keluar ke negara jiran dan kehilangan minyak dari rak kedai yang dibaca beberapa hari lepas rupanya membawa kepada berita harga minyak masak naik.

😥😥😥lepas ni makan kentang bakar..bukan kentang goreng lagi dah.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yui..harga tipu. Kita pun pelik pagi tadi kita kira naik sampai RM1.40 terlalu tinggi.

      Padam
  2. Assalamualaikum, salam kenal Cikpuan Anis.

    Banyak betul naik harga minyak ni kan. Confirm la yang meniaga goreng-goreng akan naik harga. Risau juga kalau digunanya minyak recycle. Aduhai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Kita sebagai penggunalah kena berhati2. Kitalah kena bijak...tunjukkan kuasa pengguna kita.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.