Sabtu, 3 Disember 2011

Another Pics On CK Wedding..YAY!

at Kelab Darul Ehsan

we are really enjoy on that day

the next day, to 16th floor..

bukan sikit wang yang disimpan untuk berkahwin ya. bukan sikit juga duit belanja untuk tujuan yang satu ni. 

tapi melihat cara Ping menguruskan perkahwinannya sangatla simple. dan ini kisah beliau.

dimulakan dengan urusan pertukaran agama
kemudian ke mahkamah syariah untuk angkat sumpah
pejabat pendaftaran untuk tukar nama kad pengenalan
kemudian mengisi borang wali hakim untuk acara pernikahan

sebelum itu, misi mencari rumah untuk dibeli. bukan disewa ya. kan senang lepas kawin terus duduk rumah sendiri. tak payah pening kepala otak. mereka membeli rumah lelong. kena ingat..deposit dalam bentuk TUNAI sahaja.
renovate rumah, mengecat, membasuh, menyediakan perkakas asas.

pre-wedding shot. jurugambar dari taiwan. mekap oleh jurusolek, baju2 persalinan sepanjang shooting. dibuat 3 bulan sebelum berkahwin.

kursus perkahwinan, ujian HIV/Aids.

mencetak kad kahwin, menempah kek. mengedarkan kek bersama kad jemputan kepada kaum kerabat & sahabat handai.

khemahnya? warna merah. satu je. pacak kat kawasan parkir rumah. bolehla letak 5 meja.

acara pernikahan aku tak pergi. jadi tak dapatla tau. tapi di masjid Kajang. beberapa orang kenalan datang. aku pulak tersangkut di Kuala Pilah.

dinner di Kelab Darul Ehsan - oriental chinese restaurant. tempahan tarikh dan makanan pilihan, aku yang temankan. 

acara meminum teh sangat menyeronokkan, hingga aku terfikir bahawa aku ingin melakukannya. memberi minum kepada mak, abang2 & kakak2 aku.. tapi angpow mestilah disediakan. RM2 pun jadi.

sehingga Ping dihantar ke rumah kelamin, kami masih berseronok. langsung tiada adegan air mata. inilah cinta dengan restu. dan aku harap Kamal akan membimbing Ping menjadi seorang wanita Islam yang diredhai. kerana bukan mudah untuk menunaikan tanggungjawab ini. dan ini adalah ibadah. semoga Allah melimpahkan rahmahNya kepada mereka berdua. Amin.

dan ini belum akhirannya. 11 Disember 2011, di Taiping pula, majlis menyambut menantu dari pihak keluarga Kamal.

6 ulasan:

  1. uishhh...byk gak keje kan...duit pun lglah byk mengalir...

    BalasPadam
  2. pendek kata beb...ada duit semua jadi...dlm masa singkat pun tak de hal...aku orang tak berduit sangat so plan nya lama la makan masa 9 bulan tempoh tunang simpan duit..

    BalasPadam
  3. yang penting ke arah kebaikan dan di berkati...

    BalasPadam
  4. mimy; kalau niat baik aku percaya Allah permudahkan

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.