Ahad, 25 Disember 2011

Waktu Minum Air Terbaik

ini adalah hasil aku copy paste dari blog Posh. bagi aku idea dia buat entry pasal timing minum air ni terbaik. aku ni pun kena kurangkan Ribena,...huhu.. asyik nak minum manis2 je...

dulu2 aku pun buat jugak. sama je kan mula2..tang Posh cerita tulis diary apa dia makan hari2 aku pun pernah buat juga selepas dinasihatkan oleh pakar Nutrisi aku kat Klinik Tanglin, sebelah Masjid Negara. sebab masa itu didapati aku mempunyai kadar kolesterol yang agak tinggi. padahal aku masih muda time tu. siap berborak dengan pesakit2 lain yang tengah tunggu giliran, terbeliak la mata diorang bila aku bagi tahu paras kolesterol aku.

last 2 years ago doktor pun risau aku ada diabetes sebab aku alami kegatalan.. rupanya aku cuma allergic dengan sesetengah benda dan makanan. itu pasal aku kena tulis dalam buku apa aku makan hari2. jadi dari situ aku patut dapat detect apa yang menyebabkan aku alami alahan ni. ah ya diary tahun ni pun tak habis guna tapi dalam hati ada rasa mahu diary baru...biasalah...hehehehe..

* Minum 2 gelas air masak**
SELEPAS BANGUN TIDUR
Membantu mengaktifkan organ dalaman

** Minum 1 gelas air masak**
30 MINIT SEBELUM MAKAN
Membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia
memberi ruang kemasukan makanan

** Minum 1 gelas air masak**
SEBELUM MANDI
Membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

** Minum 1 gelas air masak**
SEBELUM TIDUR
Mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

4 ulasan:

  1. Minum air masak, juga boleh buat awet muda!

    BalasPadam
  2. air masak xde masalah buat aku sebab feberet niiii sejak dulu hingga kini..sukeee

    BalasPadam
  3. jab...point yang akhir tu, sebenarnya selepas atau sebelum tido tuh.

    BalasPadam
  4. ann; sebelum tidur sepatutnya. hehe..aku pu baru lepas baca balik. kekekek..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.