Selasa, 27 Disember 2011

Teh Detox Yang Buat Aku Lesu

aku ni on off aje minum air detox ni. asal rasa perut buncit semacam barula aku minum. kalau tak dia jadi hiasan dalam kotak je. dah lama pun aku beli. mujur lama lagi nak expired. hehehe..

last week aku try la minum 3 hari. letih jugak badan aku ni. ke toilet sampai 4 kali. aku selalu minum lepas lunch. memang digalakkan minum lepas makan. sebab barula ada benda nak proses. aku tak sanggup minum lepas dinner. malam nanti aku tak dapat tidur nyenyak pulak. sebab kena bangun pergi toilet. belum lagi masuk tang perut memulas2. siapa yang sanggup je weh... demi nak kempiskan perut yang membuncit ni. 

azab, kesimpulan..aku nak minum bila rasa perut buncit je. kalau tak..jangan harap...lesu aku okay..


11 ulasan:

  1. Baik baik jangan sampai pitam dan pengsan sendiri plak. Nanti dehydrated plak.

    BalasPadam
  2. entahla dulu aku pun giler nak kurus hari2 minum teh detox....sampai la ni tak leh telan dah...rasa nak termuntah...aku prefer healthy food dari nak mendera badan sendiri....ni semua gimik iklan jer...komen based on my experience...

    BalasPadam
  3. hihihi.. dpt bayang muka lucat lesi baru keluar dari toilet sambil gosok2 perut :)

    BalasPadam
  4. kak azie; tak buat mcm tu. mestilah kena jaga diri kan..

    BalasPadam
  5. posh; memang tak sangup minum hari. yeah healthy food diet mmg baik.

    BalasPadam
  6. buncit aku skrang tak leh minum hihihi..dulu buncit je aku minum...lepas beranak detox balik

    BalasPadam
  7. aku memang tak larat babe...kalau nak minum jugak, aku akan pastikan weekend saja, barulah boleh jadi penunggu toilet

    BalasPadam
  8. byk2 produk detox...ratu ske minum kinehimitsu (betul ke salah eja ni lupa dah)...dia rase plum.1 hari 1 botol kecik minum.rasa mcm pait2 ubat batuk gitu la.kalau kat watson tu biasa 6 botol per pax.time offer kdg2 8 botol per pax.bagus.perut tak memulas.kesan dia buang pas minum beberapa jam tu...buang air besar laju je kuo.eheheh.bila badan berbau...salah satu tanda jugak badan byk toksin.

    BalasPadam
  9. Saya dah try minum teh detox ni untuk 40 hari.. Sehari pun tiada terlepas minum.. Saya amalkan minum air kosong 8-10 gelas sehari & berlari 30 minit 3 sesi seminggu. Alhamdulillah, saya dapat mengurangkan berat sebanyak 8kg. Sepatutnya saya boleh kurangkan lebih banyak, tetapi sekarang say dalam proses membina otot. Selamat mencuba semua..

    BalasPadam
  10. @faizal;bagusnya turun sampai 8kg. kalau ikutkan masa terluang memang ada je pagi2 boleh pergi jogging tapi kawasan tempat tinggal ada anjing, tak sanggup. ikutkan hati, hari2 mau minum teh detox jugak.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.